BAGI pihak kerajaan, telah sepakat memilih Parti Warisan untuk bertanding dan kemungkinan berhadapan dengan calon Umno Sabah/BN, meskipun ada ura-ura parti-parti lain seperti PBS atau STAR kemungkinan turut bertanding.
Berapa penjurupun, perhatian hanya tertumpu pada Warisan dan BN.
Di Sabah, PRK Kimanis adalah PRK kedua selepas PRK Sandakan. Berbeza dengan Parlimen Sandakan, Kimanis adalah kawasan majoriti bumiputera islam.
Berbagai pihak melihat, jika Warisan menang, menggambarkan bahawa isu Pas Sementara Sabah (PSS) diterima rakyat; selain itu merupakan manifestasi sokongan kepada Kerajaan Sabah.
Arah tuju politik Sabah sangat bergantung pada pengundi Kimanis, seperti mana arah tuju rakyat Sabah semasa PRK DUN Usukan, Kota Belud pada tahun 1990. PRK Usukan tahun 1990 adalah pembuka jalan kepada kerajaan BN yang diterajui Umno pada tahun 1994.
Juga akan diperhatikan kemenangan parti Warisan akan dilihat daripada segi majoriti, kerana jumlah majoriti menggambarkan berkesannya kerjasama antara Warisan dan PH.
Di atas kertas atau persepsi memang Parti Warisan akan menang mudah, kerana merupakan calon kerajaan negeri dan Persekutuan, lagi pun dua kawasan DUN parlimen itu adalah wakil rakyat kerajaan.
Pada PRK ini, akan terbukti, bahawa arah aliran politik Semenanjung sangat berbeza dengan Sabah. Semangat PRK Tg Piai tidak akan sampai ke Kimanis. Jika pun calon Parti Warisan mendapat tentangan daripada calon Umno/BN sangat bergantung kepada calon yang bakal diketengahkan parti itu. Jika parti itu berjaya memilih calon yang disukai pengundi Kimanis, maka pengundi Kimanis akan serba salah, dan jika itu berlaku, maka keputusan akan hampir sama seperti PRU-14, mana-mana calon yang menang, hanya menang dengan majoriti yang kecil.
Hakikatnya, pengundi Kimanis dalam keadaan serba salah. Di lain pihak ada yang tidak menyokong Warisan, namun kesediaan Bersatu yang merupakan parti komponen PH menyokong,, maka pengundi dalam keadaan dilema, seperti kata peribahasa diluah mati emak ditelan mati bapa.
No comments:
Post a Comment