Friday, November 01, 2019

TAN SRI MUSA AMAN-SEKILAS PANDANG

UNTUK maksud penyegaran maklumat, penulis suka mengulang semula bagaimana Tan Sri Musa Haji Aman dilantik ke jawatan Ketua Menteri. 

Beliau dilantik menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat pada 27 Mac 2003 di era Perdana Menteri ke-4, Tun Dr Mahathir. 

Musa adalah Ketua Menteri Sabah ke-14 akan tetapi individu ke-13. 

Musa bukan sahaja memegang rekod Ketua Menteri terlama Sabah, malahan beliau diiktiraf sebagai Ketua Menteri yang paling cemerlang diukur pada kemajuan dan pembangunan, perkembangan ekonomi termasuk kewangan serta kejayaan pemerintahan beliau menurunkan kadar kemiskinan.

Musa telah mewarisi kewangan Sabah yang sangat sedikit semasa beliau dilantik, iaitu RM184juta, dan jumlah itu meningkat ke paras RM3.74bilion pada Disember 2017. Demikian juga kadar kemiskinan, beliau mewarisi kadar kemiskinan luar bandar yang tinggi. Menurut data statistik rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan bagi tempoh 2004-2012, penurunan kadar kemiskinan terakru Sabah mencapai 65% dengan perincian tahun 2004-23%, 2007-16%, 2009-19.7% dan 2012-8.1%.

Sementara mereka yang termasuk dalam kategori miskin tegar telah menurun dengan perincian; tahun 2004- berbaki 6.5%, 2007-3.7%, tahun 2009-4.8% dan tahun 2012-1.6%.

Penurunan kadar kemiskinan sebagai impak kepada rancaknya aktivti ekonomi negeri yang diterjemahkan menerusi bajet yang tinggi (Sabah bermula tahun 2012 telah membentangkan bajet lebih RM4bilion, merupakan rekod selepas merdeka pada tahun 1963).

Di era Musa, pendapatan negeri selain daripada bayaran royalti minyak, akan tetapi juga sumbangan sektor pelancongan, industri selain daripada pertanian, perikanan dan perkebunan.

Musa berjaya melakar sejarah sendiri, apabila mampu menukar keadaan perekonomian Sabah yang lembab, sebuah negeri yang hampir muflis, kepada negeri yang berdaya maju. Semua itu tercapai menerusi pengurusan yang trasparen, termasuk pengurusan kewangan yang cukup telus yang ditandai oleh sijil tanpa teguran daripada Ketua Audit Negara, malah pengurusan kewangan negeri mendapat penarafan triple AAA daripada penarafan antarabangsa Standard & Poor 7 tahun berturut-turut, bermula tahun 2010.

Selain itu legasi Musa untuk generasi akan datang, apabila beliau memberi keutamaan kepada penghijauan negeri dengan mentargetkan 30% land mass Sabah pada tahun 2025 diliputi hutan kekal. Ekoran target itu, pada tahun 2006, pemerintahan beliau telah menghentikan pembalakan berskala besar. Pembalakan hanya dibenarkan untuk input industri seperti perabot, perumahan dan kilang kertas. Kerana tindakan itu, maka keluasan hutan kekal Sabah bertambah hampir satu juta hektar pada tahun tahun 2017, daripada 838 ribu hektar pada tahun 2002.

No comments:

Post a Comment