Monday, October 28, 2019

SENARIO POLITIK NEGARA-ERTI ANGKA KERAMAT 112

Kuasa politik semuanya bergantung kepada angka-angka. Di Malaysia sekarang, untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan, maka perlu ada 112 daripada 222. Demikian juga, pemimpin yang mendapat sokongan angka itu, maka jadi Perdana Menteri. 

Selepas sahaja berlakunya perubahan kerajaan, perbincangan atau isu Perdana Menteri ke-8 bukan sahaja menjadi isu dalam negara malah luar negara. Mungkin, kerana isu ini, maka berpengaruh terhadap ekonomi negara, sehinggakan, perekonomian negara seperti kata peribahasa, panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. 

Berkali-kali Tun Dr Mahathir dan Dato Seri Anwar membuat kenyataan bahawa peralihan jawatan PM-7 ke PM-8 sudah selesai, kerana persetujuan telah disepakti bahawa selepas Tun maka Anwar. Pun demikian, demi tatapan umum, dan bahan cerita, berbagai andaian dibuat oleh berbagai pihak, termasuk memberikan angka-angka. Misalnya, laporan Sin Chew Daily mengatakan Tun mempunyai sokongan 100 MP, manakala Anwar 95, tidak termasuk MP GPS=18 dan Warisan=9. Jika 27 MP itu berpihak kepada Tun, maka Tun terus menjadi PM, manakala jika 27 itu berpihak kepada Anwar, belum cukup 112, kurang 7 kerusi, kononnya, inilah penyebabnya, Anwar tidak berani mengusulkan undi tidak percaya. 

Jika benarlah laporan akhbar cina itu, maka kedudukan PM-8 akan terserah sepenuhnya kepada Tun, kerana beliau tahu, bahawa tiada mana-mana pihak yang mempunyai angka 112. 

Bagi GPS dan Warisan pula, adalah selamat bagi mereka terus menyokong Tun, demi kestabilan sehingga lah ke PRU-15, kerana jika dua parti tersebut membuat sokongan kepada Anwar, boleh menyebabkan parlimen tergantung, dan keadaan ini membuka ruang kepada pembubaran Dewan rakyat untuk membuka jalan PRU-15. 

Dalam senario politik yang tidak menentu serta dibantu keadaan ekonomi negara yang teruk, pihak yang menyokong Anwar tidak sanggup berjudi masa depan politik mereka, khususnya DAP, kerana mereka tahu, keadaan tidak berpihak kepada mereka. 

Tun sudah memberi isyarat menerusi Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober lalu, kaum melayu/islam boleh sahaja bermuafakat, kerana kata peribahasa, air dicincang tidak akan putus, meskipun berlakunya perseteruan “luarbiasa” antara sebahagian kecil pemimpin Umno dan Tun Dr Mahathir. 

Keadaan perekonomian negara yang teruk sangat berimpak kepada ahli-ahli perniagaan dan korporat,dan mereka itu sebahagian besar daripada kaum cina. Jika kajian merdeka center betul, kononnnya sokongan kaum cina terhadap kerajaan PH merudum dengan teruk, membawa erti, bahawa sokongan terhadap DAP juga merudum.

2 comments:

  1. elok kah pm bubarkan saja parliament skg....terlalu banyak kerosakan tlh dilakukan...klu tunggu lgi tiga thn,sudah terlambat utk dibaiki oleh umno/pas slpas pru 15....

    ReplyDelete
  2. MENYEKAT ANWAR PM8 ADALAH MENYEKAT DAP
    Itulah sebenarnya yang dimaksudkan dan dipersetujui bersama (understood) dan sesetengah pihak lebih ganas dengan memperincikan kenapa Anwar ditolak

    MAHATHIR, ANWAR SEDANG BERGADUH, JANGAN LIBATKAN DIRI – SEDIAKAN POP CORN TAMBAH DAN TEPUK BIAR PADU

    Mahathir sedang bergaduh dengan Anwar dalam PH. Penyatuan Ummah tidak perlu sokong mana2 di antara kedua mereka ini.

    Mereka pun bukan mahu tolong Melayu dan Islam, mereka hanya mahu sokongan Melayu dan Islam bila mereka susah.

    Bila mereka habis bergaduh dan senang, mereka mahu hancurkan parti Melayu dan Islam akidah dan iman pula. Pluralisma murtad, SYIAH kafir, COMANGO toksik, lgbt, gay jadi ajaran puak PH

    KAH KAH WOII APO NI GADOH GADOH
    SESAMO SINDRI PUN NAK GADUH KER.!
    HAAHH APA LAGI SILA LA GADOH BODOH.!
    POP CORN TAMBAH TEPUK PADU KASI ROBOH YER..!!

    Mahathir lebih kecewa, 23 MP yang sebelum ini menyokong Tokoh Semburit yang kalis CCTV ini, kini cuma tinggal 4-6 MP sahaja.

    Menteri Besar Selangor yang merupakan anak didik Azmin sendiripun mula membuat corner lipat baring, menyokong Anwar yang mula menguasai parti.

    Begitu juga Brother Anwar Bin Ibrahim@ B.A.B.I Paling ketara adalah isu video semburit Azmin, sampai sekarang tiada apa tindakan, sedangkan pelakunya dah mengaku, malah video itu pun disahkan tulen. Undang-undang apa PH guna agaknya?

    MAKIN HEBAT KEPALA PENIPU NAK KUASA
    DIA TAHU TAHU MH317 HILANG DR RADAR
    PAS DAPAT 90 JOTA PUN ALJUB TAHU JUGA
    TANYA MANO JAM OMEGA MUKA BLUR SAJER...

    Puiiiii...kikikiki..!!

    Pengalaman Tunku Abdul Rahman, Tengku Razaleigh Hamzah, Musa Hitam, Tun Ghaffar, Anwar Ibrahim, Pak Lah dan Najib Razak, sudah lebih dari cukup untuk memahamkan kita. Mahathir boleh menggunakan seseorang itu demi kepentingan dirinya dan akhirnya orang yang sama bakal disingkir sebaik sahaja khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi.

    Takkan masih tidak tahu lagi perangai Mahathir dan Anwar?

    MANA PERGI ADUN SAMSENG 'BELIAU' YB ATO AWAK YB
    PEMUDA BERSATU MELAKA DAH BAKAR BENDERA DAP
    WALAYEY INI KALI BETUL2 ATAU SAJA NAK GELI2
    APA2 PUN POPCORN TAMBAH TEPUK KASI PADU KALI INI

    Perdana Menteri Malaysia yang kini terlalu lemah dan serabut bagai mandi tak basah, tidur tidak lena. Jadual pembedahan tukar baterinya yang terpaksa ditangguh dari September ke November atau Disember. Kesihatan Tun Hasmah yang semakin meruncing, mimpi ngeri anak-anaknya bakal dipenjara sebaik sahaja Anwar menjadi Perdana Menteri, gelabah cemas & terdesak

    Dan tidak serik lagi serta masih menaruh harapan kepada kepala penipu dan kepala perompak negara?

    ReplyDelete