Datuk Shafie Apdal tidak membaca sejarah politik Sabah. Kerajaan Perikatan Sabah (USNO-SCA) telah mencipta ramai taikun-taikun kaum cina, kerana pemberian kawasan balak. Sokongan kaum itu terhadap Tun Mustapha melalui SCA, membuaikan Bapa Kemerdekaan Sabah tersebut, sehinggakan sebarang permintaan kaum itu ditunaikan. Apabila parti serpihan USNO, Parti Berjaya memberi peluang yang lebih besar kepada kaum itu, termasuk para pemimpin mereka, maka mereka berpaling tadah. Kaum itu juga mendapat peluang menikmati ekonomi Sabah dalam era Parti Berjaya. Apabila parti serpihan parti Berjaya, PBS memberi peluang yang lebih luas termasuk jawatan politik, maka kaum itu mengenepikan parti Berjaya, demikian lah seterusnya, PBS juga menjadi mangsa kaum itu dan Bn juga mengalaminya pada PRU-14.
Kini Shafie terbuai kerana sokongan kaum itu kepada parti beliau dan parti yang berkolaborasi dengan beliau, DAP dan PKR. Pada PRU-14, tiada seorangpun calon Bn daripada kaum itu menang, melainkan disapu bersih oleh DAP, PKR dan Warisan. Keadaan yang serupa juga dialami Parti Usno tahun 1975, Parti Berjaya tahun 1985 dan PBS tahun 1994.
Menerusi keputusan Kerajaan Sabah mengiktiraf sijil UEC, bukan sahaja membolehkan pemegangnya masuk IPTA akan tetapi juga Perkhidmatan Am Negeri Sabah.
Menerusi pengikturafan itu, permintaan kaum cina, sudah mendekati "full circle", hanya yang berbaki pemilikan tanah berstatus NT (Native title) dan "status anak asal" atau "bumiputera".
Parti bakal menggantikan Parti Warisan, akan melengkapkan permintaan kaum itu. Demi politik, dan kuasa, para pemimpin Sabah menunaikan apa sahaja, untuk kekal ditampuk pemerintahan.
No comments:
Post a Comment