POLITIK sering kali dikaitkan dengan isu. Tanpa isu, orang politik tidak mampu pergi jauh dan sesuatu isu juga mampu membunuh karier bukan sahaja orang politik, bahkan sesiapa sahaja jika ia gagal ditangani secara menyakinkan, terutamanya kepada rakyat.
DS Najib Razak dan Bn telah menerima padah, apabila gagal mengurus isu 1MDB dan dana sumbangan keluarga DiRaja Arab Saudi.
Isu yang melanda Najib dan Bn hanya berbentuk prsepsi menjelang PRU-14, kerana belum ada sesiapa yang ditangkap atau dihadapkan ke mahkamah berkaitan isu yang diwar-warkan oleh pihak parti dan pemimpin lawan. Pun demikian, kerana kegagalan mengurus isu-isu tersebut, Bn tumbang pada PRU-14, menamatkan pemerintahan selama 60 tahun.
Terkini, isu yang mencekam Timbalan Presiden PKR-Dato Azmin Ali, bukan calang-calang isu, akan tetapi isu moral, yang bukan sahaja ditolak masyarakat bahkan dilaknat dalam agama islam dengan sehina-hinanya.
Videonya ada dan pasangannya juga mengaku tetapi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan sekeras-kerasnya, disusuli laporan polis serta qazaf melalui Setiausaha Politiknya. Itu sememangnya langkah yang mesti diambil jika beliau merasakan diri difitnah.
Pun begitu banyak pihak melihat ia tidak mencukupi. Pada mereka yang sedang memerhati, terbit persoalan mengapa Azmin tidak saman sahaja pihak yang memfitnahnya kerana dakwaan seks songsang ini terlalu berat, tambahan pula beliau dicabar untuk menyaman.
Keadaan Azmin sudah lah jatuh, malah ditimpa tangga lagi, apabila Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid mahu Azmin menggunakan mahkamah sebagai medan membersihkan diri jika benar beliau tidak terbabit dalam video seks berkenaan. Kata Abdullah Sani biar rakyat menilai siapa bercakap benar dan siapa pula berbohong.
Malang bagi Azmin, ketika beliau dipalitkan dengan isu sebegini besar, partinya PKR dilihat bermain tarik tali. Berbeza sama sekali dengan pendirian PKR ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim terpalit isu serupa, baik ketika kes liwat mahupun ‘China doll’.
Kini, sudah hampir sebulan sejak penyebaran video aksi songsang berkenaan dan hari-hari yang berlalu menyaksikan suara penyokong Azmin semakin tidak kedengaran.
Malah, ada anggapan, sokongan terhadap mantan MB Selangor itu daripada parti beliau sendiri, boleh dibilang dengan jari di semua peringkat.
Sekarang, semuanya terpulang kepada Azmin, arah mana yang hendak beliau pilih kerana sebagai ahli politik berpengalaman tentu sahaja dia tahu pergantungan kepada Perdana Menteri semata-mata, tidak mampu menyelamatkan hayat politiknya di mata ahli PKR serta rakyat keseluruhannya.
Rasa simpati mengenangkan Jemin Jamban bekas MB pujaan sekalian rakyat Selangor selama berpenggal2 TERPALIT dengan isu video dubur menduburi. Apa2 pun sama2 kita tunggu kesudahan siasatan pihak polis yang nampaknya berjalan agak perlahan?
ReplyDeleteAtuk renta pun dh nk patah balik bergabung dgn umno..tmpat bergantung telah musnah gara2 semburit..
ReplyDeleteAtok sedang mencari2 dahan utk berpaut..unpama orang yg hampir lemas..ranting hanyut pun nk di sambar..
Tunggu lah pengakhiran epesod ini..sama ada benar telahan sebilangan ahli politik..parlimen akan dibubarkan jua..