Tuesday, July 09, 2019

USNO BAWA PENDEKATAN BAHARU-SATU PILIHAN

SATU flatform rakyat Sabah dalam arena politik dan juga membangunan serta memajukan Sabah hampir 57 tahun merdeka, adalah menerusi pendekatan baharu.

Masa 57 tahun, adalah suatu masa yang cukup panjang, dan telahpun diharungi oleh rakyat Sabah baik mereka yang dilahirkan sebelum merdeka, juga oleh mereka yang telah mengisi dan menikmati kemerdekaan.

Hakikat yang perlu diterima, walaupun lebih setengah abad Sabah merdeka, isu-isu yang dibincang atau yang masih terpaku dalam minda segelintir rakyat Sabah, adalah berkaitan perkara-perkara yang telah diputuskan lebih 50 tahun lalu, perkara berkaitan royalti minyak yang diputuskan pada tahun 1976, dan juga perkara ruang lingkup peta dan kawasan negeri yang diputuskan pada tahun 2012.

Rakyat Sabah masih terpaku pada nostalgia lama, sebab itu, setiap pilihan raya, muncul lah tuntutan-tuntutan seperti bayaran royalti minyak, timbul lah tuntutan berkaitan jawatan-jawatan baik di peringkat jabatan kerajaan, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan juga jawatan-jawatan kabinet.

Selain itu, setiap bajet tahunan kerajaan persekutuan, mata rakyat Sabah tertumpu pada bajet tersebut, akan berapa kah jumlah peruntukan untuk Sabah. Perkara demikianlah yang berlaku beterusan selama hampir 57 tahun.

Lebih setengah abad, tiada parti yang membawa pendekatan satu perbincangan baharu atau new deal, sebaliknya hanya terpaku pada keadaan yang telah lama dipersetujui seperti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Lebih setengah abad, MA63 telah menjadi duri dalam daging, sehinggakan ianya digunakan oleh setiap parti baru yang mahu menumbangkan kerajaan, dan ternyata, faktor tersebut dapat mempengaruhi rakyat, dan mampu menumbangkan kerajaan, pun demikian, kaedah yang digunapakai tersebut, hanya dapat mengubah kerajaan, akan tetapi landasan untuk membangun dan memajukan negeri, tetap tidak signifikan, kerana landasan yang digunapakai tidak berubah, yang itu-itu juga.

Selepas setengah abad, sudah tiba, rakyat Sabah perlu melihat kaedah baharu, landasan baharu, atau pendekatan baharu, tujuannya untuk masa depan generasi rakyat Sabah.

Sesesuai dengan era keterbukaan global, baik daripada segi ekonomi, kewangan, perdagangan, laluan udara, mahupun geopolitik, rakyat Sabah tidak mampu lagi memencilkan diri untuk tidak ikut serta mencorakkan dunia.

Sebagai contoh, dalam penerokaan minyak dan gas, keadaan setengah abad yang lalu sangat berbeza dengan keadaan sekarang dan masa depan. Jika dahulu Sabah tergantung kepada Petronas untuk membangunkan dan mengembangkan industri minyak, sekarang ini, pada bila-bila sahaja, akan tersedia penyedia kewangan untuk menerokai iundustri minyak negeri, demikian juga dana pembangunan, akan bila-bila sahaja, ada negara bersedia melabur atau memberi dana untuk tujuan tersebut.

Sabah bukan lagi seperti setengah abad yang lalu, kekurangan serba serbi terutama modal insan, kini, modal insan rakyat Sabah, dalam semua bidang sudah tersedia, ibarat sebuah kereta, telah lengkap seluruhnya, termasuk bahan bakar, malah telah mempunyai pemandu yang terlatih dan berklibar untuk memandu ke destinasi yang lebih baik.

Rakyat Sabah perlu mempertimbangkan, kemunculan USNO, sebuah parti yang telah memerdekan negeri yang telah dijenamakan, dan menggunapakai SLOGAN NEW DEAL!!!.

No comments:

Post a Comment