ISYARAT Umno bakal diharamkan, apabila Tun Dr Mahathir mempelawa ahli-ahli Umno menyertai PPBM.
Menurut Perdana Menteri, kuasa melayu di negara ini, hanya berbaki 10%, walaupun jumlah kaum itu mewakili 60% daripada keseluruhan rakyat Malaysia.
Sebagai impak kepada perpecahan itu, kaum melayu hanya boleh sebahagian daripada kerajaan kerana sokongan kaum lain.
Senario politik melayu post PRU-14, apabila berlaku tautan antara Umno-Pas, selepas 45 tahun bermusuh. Pertautan itu, tiada yang menyangka sebelum ini, kerana masalah utama yang dihadapi dua parti itu adalah penyokong akar umbi yang sukar menerima.
Sebenarnya, acah pertautan Umno-Pas sudah bermula selepas PRU tahun 2008, menerusi satu konsep yang dinamakan Kerajaan Perpaduan (unity governement @UG), namun masa itu, pemimpin yang sangat menentang konsep itu adalah Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am Pas.
Pertautan Umno-Pas telah mengambil kira, trend pengundian pada PRU-14, yang mana dua parti telah mendapat sokongan 75% pengundi kaum melayu. Malah andaian dua parti itu, jika tidak berlaku pertembungan antara mereka pada PRU-14, 30 kawasan Parlimen dimenangi.
Oleh kerana dua parti itu masih bersandarkan kepada rekod PRU-14, maka mereka yakin, sokongan itu akan berterusan.
Politik Malaysia, sangat dinamik. Sebagai contoh, pada PRU 2004, Bn yang diterajui Umno menang dengan super majoriti di Dewan Rakyat, namun pada PRU 2008, kehilangan kuasa 2/3, termasuk kehilangan sokongan popular. Pada PRU 2013, meskipun Bn masih menang, namun kuasa 2/3 tidak diperolehi termasuk juga undi popular. Pada PRU-14, Bn hanya menang 79 kerusi Parlimen, manakala Pas 18. Jika pun kerusi dua parti itu digabungkan, hanya berjumlah 97 kurang 15 kerusi untuk majoriti mudah daripada 222 kerusi Parlimen.
Sesuai dengan senario politik sekarang khususnya di Semenanjung, kerjasama Umno-Pas mempunyai impak, seperti mana ditunjukkan melalui beberapa PRK, malah ada kawasan yang dimenangi calon PH pada PRU-14, dengan majoriti lebih 10ribu, dapat ditawan oleh calon Umno-Pas menerusi PRK Semenyih, Selangor. Sepatutnya, kawasan tersebut, dengan mudah dipertahankan calon PH, kerana Selangor diperintah PH dengan super majoriti di Dun, lagipun, Kerajaan Persekutuan juga diperintah parti yang sama.
Apa kah dengan melihat bahawa pertautan antara Umno-Pas semakin hari semakin kuat, dan bakal menghancam kedudukan PH, maka, satu-satunya jalan adalah untuk mengharamkan Umno.
Umno berdepan dengan pelucutan hak wang yang dibekukan melebihi RM200juta, malah akaun parti itu masih dibekukan. Malah ada sudah pihak mempergunakan ROS untuk membatalkan Umno, kerana pertuduhan menerima wang haram daripada 1MDB.
Umno pernah dibatalkan pendaftarannya pada tahun 1988, yang menyebabkan perpecahan parti itu, antara S-46 dan Umno (baru). Tahun 1998, Umno berpecah lagi apabila Datuk Seri Anwar dipecat. Kemudiannya Umno berpecah lagi tahun 2016, apabila PPBM ditubuhkan.
Perpecahan Umno tahun 2016, yang melahirkan PPBM dan Warisan, adalah punca utama parti yang menjadi tunjang kerajaan Persekutuan sejak merdeka kehilangan kuasa.
Apabila Umno pada kali ini bakal diharamkan, maka kemungkinan yang berlaku, adalah penubuhan parti baru. Apabila itu berlaku, maka perpecahan kaum melayu semakin hebat lagi.
Nampaknya, pada era ini,rakyat Malaysia, hanya menyaksikan perpecahan kaum melayu secara besar-besaran. KERANA berpecah, jumlah yang menjadi kekuatan, tidak bermakna lagi.
Di Sabah pula, apabila Umno diharamkan, akan memberi kelebihan kepada Parti PPBM Sabah dan Warisan, kerana para mantan ahli parti itu tiada masalah menyertai dua parti itu, kerana dua parti itu dipimpin oleh mantan-mantan pemimpin Umno.
No comments:
Post a Comment