Sunday, July 21, 2019

APAPUN KETEROJAAN- JANGAN LUPA MUSA!!!

APAPUN keterojaan para pemimpin kerajaan Sabah memerintah negeri, jangan lupa sumbangan Tan Sri Musa Aman.

Musa telah menyediakan berbagai kemudahan kemudahan yang menyokong pemerintahan termasuk simpanan wang negeri.

Musa mewarisi kerajaan Sabah yang serba serbi kekurangan pada tahun 2003, baik daripada segi kemudahan pentadbiran dan juga kewangan. Bukan itu sahaja, beliau juga mewarisi pengurusan pentadbiraan yang kurang efektif. Walaupun adanya kekangan itu, beliau akhirnya meninggalkan legasi tersendiri, sebagai BAPA PEMBANGUNAN MODEN SABAH.

Pada Sabtu, KK Central telah mula beroperasi. Pusat ini, adalah sebahagian legasi pemodenan Musa.

Bagi mereka yang masih ingat, bagaimana keadaan Sabah 15 tahun lalu, dan jika dibandingkan dengan hari ini, sudah tentu, akan merasa terpegun, kerana pantasnya pembangunan dan kemajuan Sabah, khususnya di bandar-bandar besar, termasuk Bandar Kota Kinabalu dan sekitarnya.

Mungkin takdir telah menentukan, bahawa hasil HALATUJU pembangunan dan kemajuan Sabah yang berakhir pada tahun 2025 tidak dapat diteruskan oleh Musa, melainkan oleh orang lain, seperti mana Wawasan 2020, saat mana pencetusnya Tun Dr Mahathir "besara" 17 tahun sebelum tempoh yang diberikan, manakala Musa pula "dibersarakan" 7 tahun sebelum tempoh Halatuju tamat.

Kek perekonomian Sabah yang diperbesarkan semara era Musa sehingga mencapai lebih RM80bilion, diharapkan dapat perbesarkan lagi, demikian juga pendapatan Sabah yang melonjak sehingga lebih RM4bilion perlu ditingkatkan, demikian juga simpanan kewangan negeri (RM3.74bilion) perlu ditanbah.

Pengurusan kewngan negeri lebih sededak lalu diberi sijil tanpa teguran oleh Ketua Audit negara perlu dipertahankan, walaupun laporan agensi itu, ada lebih 3 agensi kerajaan termasuk satu kementerian berada diparas tidak memuaskan, selepas setahun, Musa tidak lagi menerajui kerajaan.

Bagi kerajaan yang ada hari ini, ambil lah, gunapakai lah yang baik daripada kerajaan yang dahulu, jangan lah bertindak seperti kera mendapat bunga.

No comments:

Post a Comment