SEKOLAH RENDAH KERAJAAN (SRK) TAMAU, Kota Belud dibina pada tahun 1965, dan pada masa juga berlakunya banjir besar yang melanda Kota Belud, termasuk kampung Tamau.
Pembinaan sekolah pertama ini, bagi menggantikan sekolah dewasa yang dibina menggunakan atap nipah dan buluh.
Antara pengerak utama pembinaan sekolah ini, adalah Ketua Kampong masa itu, KK Saman dan Haji Mohktar Haji Ibrahim, Haji Samad dan Haji Idris Dain.
Sekolah yang dibina sebilik itu dibuka pada 1 Januari 1966.
Guru besar pertama adalah Cikgu Linggam Samitah, manakala guru-guru pertama antara lain cikgu Gais (penulis lupa nama bapa kepada cikgu ini).
Penulis adalah diantara murid pertama sekolah ini, selain saudara Akiah Barbag, Ruskan Diuh, Adkol, salbi, Abdul Gais, Asmara, Amang, Mastar, Linggisan, Matiu, Masdid, Gamma, Dadu, Amboloi, Ulang, Norbin Aloh, Zaid, Mustal, Mukaris, Kaibah, Rasmalah, Jaimis, Iduk, Asgul, Entong, Saibin, Inggeris, Atoh, Pardin, Japilan, Mudin, Bungalia, Lamnah, Baki (merabau), Jupri Saidin (bersama 2 adiknya), Jupri Etok, Manap Buli, Mustapah dan Kassim Juang dan sebahagian lagi penulis lupa.
Selepas 6 tahun, pada peperiksaan darjah enam pertama, hanya 5 murid yang lulus, antaranya adalah penulis, Jaimis, Asgul, Rasmalah dan Iduk.
No comments:
Post a Comment