Saturday, April 06, 2019

PPBM RASMI BERTAPAK DI SABAH

Dalam sejarah perasmian PPBM seluruh negara sejak ditubuhkan pada tahun 2016, perasmian PPBM Sabah adalah yang teramai daripada segi kehadiran, demikian pengakuan Pengerusi dan Presiden parti itu, Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhiyiddin.

Dianggarkan sekitar 30,000 penyokong parti itu membanjiri ITCC, Penampang sejak awal pagi.

Para tetamu, selain 2 mantan Ketua Menteri Sabah- Tan Sri Harrris Salleh dan Tan Sri Chong Kah Kiat, Presiden STAR-Datuk Dr Jeffery G kitingan, MP bebas Kimanis- Datuk Seri Anifah Aman, Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri- Tan Sri Kasitah Gadam juga turut kelihatan.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri Presiden PH, merangkap Timbalan Perdana Menteri- Datuk Seri wan Azizah yang disertai Pengerusi PKR Sabah- Datuk Christina Liew yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Majlis pelacaran PPBM Sabah itu juga dihadiri Timbalan Presiden parti itu Datuk Mukhriz Tun Mahathir, namun para pimimpin Warisan dan DAP Sabah tidak kelihatan.

Pada majlis pelancaran itu, Tun Dr Mahathir mengumumkan Datuk Hajiji Haji Noor sebagai Penyelaras Bersatu Sabah.

Juga pada majlis itu, Tun Dr Mahathir menyerahkan keahlian kepada 7 ADUN Sabah, iaitu Datuk Arifin Arif (Membakut), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Apas), Datuk Japlin Akim (Usukan), Datuk Isnin Alisnih (Klias), Datuk Bobby Suan (Nabawan), Datuk Ghulam Bahadar (Kawang) dan Matbali Musah (Lumadan).

Datuk Hajiji sempena pelancaran itu menyerahkan 120,076 borang keahlian kepada Tun Dr Mahathir, dan seterusnya Hajiji pula menerima Surat Kebenaran penjajaan bagi 25 bahagian di Sabah.

Mungkin kesuntukan masa, tidak disempat diumumkan penaja-penaja bahagian di majlis yang amat bersejarah itu.

No comments:

Post a Comment