Friday, April 26, 2019

LEBUH RAYA PAN BORNEO- TIDAK SEPERTI DIIMPIKAN RAKYAT

PIAWAIAN lebuh Raya Pan Borneo akan kembali seperti mana jalan-jalan raya di Sabah, apabila lebuh raya itu bakal dilaksanakan oleh Jabatan kerja Raya (JKR).

Apabila lebuh raya itu siap kelak, harapan rakyat Sabah seperti mana kualiti Lebuh Raya Utara Selatan di Semenanjung tidak akan tercapai.

JKR tiada kapasiti membina lebuh raya mengikut piawaian lebuh raya seperti yang di laksanakan PLUS, dan lagi JKR Sabah tiada pengalaman membina lebuh raya seumpama itu.

Memang benar, tiada salah mencuba, namun hasil daripada percubaan itu, adalah jalan raya berkualiti rendah. Jalan raya berkualiti rendah, bukan sahaja mempunyai jangka hayat yang singkat, akan tetapi rentan terhadap kemalangan.

Jalan raya berkualiti rendah, selain mengundang kos penyelenggaran yang tinggi, juga tidak selamat untuk dilalui.
Jalan Raya Telupid-Beluran- Pan Borneo-akan seperti ini.

Nampaknya, selepas lebuh raya itu siap, cantik pada permulaannya, akan tetapi dalam masa singkat akan mencontohi jalan-jalan raya di Sabah seperti mana jalan raya Kimanis-Kalabakan, Telupid-Beluran, Kota Belud-Kudat, atau Ranau-Sandakan.

1 comment: