Tuesday, March 05, 2019

UMNO/PAS-SANDARAN KAUM MELAYU


HARI INI (Selasa)- secara rasmi Umno dan Pas bertemu dan bermesyuarat untuk menentukan titik temu dua parti terbesar melayu itu.

Berdekad lamanya, tidak terlintas di fikiran ahli Umno atau Pas bahawa 2 parti itu akan bermesyuarat di bangunan Umno, dan perkara difikirkan tidak akan berlaku itu, pada hari ini telah berlaku.

Di semua peringkat, dalam 2 parti itu, berpendapat, tiada cara lain kaum melayu kembali menjadi tuan rumah di rumah sendiri, bumi dipijak kembali dimiliki, hanya menerusi perpaduan 2 parti itu.

Ahli dan pemimpin 2 parti itu menjadikan PRU-14 sebagi iktibar, kerana perpecahan, menyebabkan kaum melayu hilang kuasa di tanah air sendiri.

Seperti kata Tok Mat (Datuk Seri Mohammad Hassan), ke dua-dua parti tidak boleh melihat ke belakang, sebaliknya perlu terus memandang ke depan, demi agama, bangsa dan tanah air (ABATA).

Kerjasama 2 parti itu, membuahkan hasil luar biasa pada PRK Semenyih dan Cameron Highlands, dan akan cuba diteruskan di PRK Rantau, Negeri Sembilan dalam sedikit masa lagi.

No comments:

Post a Comment