Friday, March 01, 2019

PRK SEMENYIH- MACAM "IBU KEPADA SEMUA PERANG"

PRK Semenyih- benar-benar menjernihkan semua keraguan berkaitan kerjasama antara Umno dan Pas.

Menerusi PRK ini, telah didedahkan, bahawa TIADA PIHAK yang bersifat hidung tak mancung pipi tersorong-sorong, melainkan masing-masing menerima kerjasama itu, seperti kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.

Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Presiden Bn mengutarakan TIADA CARA LAIN, untuk kaum melayu dan bumiputera bangkit semula menerajui Kerajaan Persekutuan, melainkan dua parti terbesar Umno dan Pas perlu bekerjasama. Manakala Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, menganggap, kerjasama antara dua parti supaya tidak berlaku, kerana ianya sangat digeruni Pakatan Harapan.

Kini, kerjasama antara Umno dan Pas, bukan lagi diperingkat kepimpinan, malah telah menular di peringkat akar umbi, atas sebab senario itu, maka kedua-dua parti akan berunding akan bermuafakat untuk menentukan terma-terma muafakat, sebagai wadah kerjasama menjelang PRU-15.

Di pihak PH pula, menerusi PRK ini telah mendedahkan semua senjata mereka, termasuk dakwaan terhadap Pas menerima RM90juta dana 1MDB, Dato Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang membayar lebih RM1.4juta kepada editor Sarawak Reports sebagai syarat penyelesaian kes luar mahkamah. Selain itu dakwaan, bahawa Bn sudah terkubur, Umno hanya tinggal pada nama, namun semua itu hanya hujah politik, kerana Bn dan Umno masih segar dengan kemenangan PRK Cameron Highlands.

PH semacam tiada isu lain berdepan dengan Bn, melainkan masih mensasarkan serangan mereka terhadap mantan Perdana Menteri- Dato Seri Najib Razak, malah menurut mereka, Najib berhasrat kembali sebagai Perdana Menteri.

Melihat suasana PRK Semenyih, nampaknya kedua belah pihak menganggap PRK kali ini sebagai ibu kepada semua perang "the mother of all battles", kerana ramai penganalisis politik tanah air, PRK ini merupakan refendum terhadap PH.

Pengundi Semenyih seperti juga Cameron Highlands, tahu, bahawa keputusan PRK itu tidak mengubah kedudukan kerajaan, kerana ianya bukan seperti PRU yang menentukan kerajaan, akan tetapi pengundi berani menunjukkan pilihan mereka bahawa kerajaan hari ini, bukan untuk kaum melayu dan bumiputera.

No comments:

Post a Comment