TIDAK dapat dinafikan, bahawa PRK Sandakan akan menjadi penanda aras politik Sabah pasca PRU-14.
Untuk pertama kalinya, majoriti kemengan lebih 10 ribu undi berlaku pada PRU-14 di kawasan Parlimen itu, ekoran kerjasama antara DAP dan Parti Warisan Sabah.
Pada PRU itu, mendiang Stephen Wong Tein Fatt mendapat 19,094 undi berbanding Lim Ming Hoo (Bn/LDP). 8,996 undi.
Parlimen Sandakan mempunyai 2 kawasan Dun, iaitu Tanjong Papat dan Elopura, yang juga dimenangi calon DAP.
Pada PRU-14, untuk pertama kalinya, parlimen dan 2 kawasan Dun dimenangi parti yang sama.
Berasaskan senario politik semasa, selain tindak tanduk Presiden Perbandaran Sandakan (MPS), serba sedikit akan menjadi pertimbangan para pengundi di kawasan itu. Sejauh mana kah, mereka dipengaruhi dengan keadaan semasa, akan diketahui kelak menerusi keputusan PRK itu.
Rakyat Sandakan juga seperti rakyat lain di seluruh negara, sedangkan berdepan dengan peningkatan kos sara hidup, akibat kenaikkan harga barangan keperluan harian yang terus meningkat.
Selain itu, rakyat kawasan itu juga sebenarnya sudah dapat menilai pencapaian kerajaan meskipun hanya hampir setahun memerintah. Mereka sudah dapat membandingkan keadaan harian mereka pada masa sekarang berbanding dahulu.
PRK Parlimen Sandakan terpaksa diadakan ekoran kematian wakil rakyat kawasan itu Datuk Stephen Wong Tein Fatt awal pagi Khamis, kerana serangan jantung.
SPR akan menentukan tarikh PRK selepas, Speaker Dewan Rakyat memaklumkan Suruhanjaya tersebut.
PRK RANTAU MENJELANG KINI
ReplyDeleteMAJORITY TINGGI ITU PASTI
SANDAKAN PULA LEPAS INI NNTI
MUNGKIN JUGA KITA KE LANGKAWI
KIKUKIKI.... PANJI MANO..?? BERKIBAR KE TAK NIH..??
KIKIKI.. Q SERA SERA HANATTT BETUI LAAA..!! KIKIKI