Wednesday, March 20, 2019

MANTAN PEMIMPIN UMNO SABAH HANYA BERHIJRAH

MANTAN pemimpin Umno yang berhijrah, tidak menyebabkan parti yang ditinggalkan kehilangan kuasa atau kerugian apa-apa, hanya parti itu mengalami pengurangan ahli, pemimpin dan wakil rakyat. Ahli boleh diganti, pemimpin hilang berganti, demikian juga wakil rakyat. Berbeza dengan wakil rakyat katak, kerana menyebabkan parti yang ditinggalkan kehilangan kuasa malah kerajaan.

Jika pemimpin parti yang ditinggalkan berhujah atau membuat kenyataan, maka perlu membezakan anatara wakil rakyat katak dan wakil rakyat hijrah.

Wakil rakyat katak, boleh ditakrifkan sebagai pengkhianat, tikam belakang, maka wajar dikutuk, dicaci dan sebagainya. Namun, hakikat yang perlu diterima, tiada mana-mana pihak termasuk pemimpin yang boleh menghukum mereka, kecuali pengundi di kawasan yang mereka wakili.

Sejarah politik Sabah, wakil rakyat katak, meskipun mendapat tomahan di merata tempat, termasuk para pemimpin utama parti yang ditinggalkan, tidak juga menyebabkan wakil rakyat katak itu kalah dalam pilihan raya. Bukti nyata di Sabah, Datuk Rubin Balang dan Datuk Lajim Ukin yang menjadi wakil rakyat katak pada tahun 1994, hanya kehilangan status wakil rakyat pada tahun 2018, selepas 24 tahun bertindak demikian.

Politik perlu diakui penuh dengan segala kemungkinan, kebarangkalian. Dalam dunia politik, tiada musuh kekal demikian juga tiada kawan yang kekal. 

Dalam politik yang dinilai adalah pendekatan kepada rakyat, memperjuangkan isu-isu yang mereka hadapi, mencuba menyelesaikan masalah rakyat, bukan bagai mana mencari musuh apatah lagi membuat kenyataan-kenyataan yang buruk terhadap mantan kawan.

Apa pun tindak tanduk pemimpin yang menilai adalah rakyat, bukannya sesama pemimpin, kerana sesama pemimpin itu sendiri sebenarnya, sentiasa bersaing, bagai kan enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, namun praktikal itu tidak menjadi nyata, kerana dalam dunia demokrasi, numbers yang berbicara, kerana keperluan numbers itu, maka memaksa mereka bekerjasama.

Jangan hairan, jika sekarang bermusuh, esok bakal jadi teman, itulah dunia politik.

No comments:

Post a Comment