Friday, March 22, 2019

APABILA WAKIL RAKYAT DISANGKA TIDAK BERSEDIA SEBAGAI WAKIL RAKYAT

PENGALAMAN penulis melihat wakil rakyat yang tidak bersedia sebagai wakil rakyat, biasanya ditunjukkkan daripada segi perbuatan, dari tidak sombong menjadi sombong, daripada tidak ego menjadi ego, daripada tidak arrogant menjadi arrogant, akan tetapi jarang berlaku meluahkan perasaan itu dikhlayak ramai.

Tindakan ADUN Moyog yang meluahkan perasaan itu dikhlayak ramai, merupakan fenomena baru dalam dunia politik. Kenyataan wakil rakyat itu seperti caption, sebenarnya bukan menggambarkan ketidak sediaan beliau sebagai wakil rakyat, akan tetapi kesedihan beliau, berdepan dengan situasi sebenar yang melanda negeri.

Memang penyokong menagih harapan tinggi daripada wakil rakyat yang mereka sokong dan pilih, tanpa menyadari, bahawa wakil rakyat tiada lampu alladin. 

Wakil rakyat apapun statusnya, tidak mampu menolong banyak, kerana mereka tiada kapasiti untuk itu, namun wakil rakyat boleh menjadi punca mencipta berbagai kaedah untuk menolong penyokong khasnya dan rakyat amnya, menerusi dasar kerajaan yang dibentuk bersama-sama.

Sebagai misalan, sebelum tahun 1994, Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia, mempunyai kadar kemiskinan melebihi 30%, tingginya pengangguran, sehinggakan lebih 400ribu belia-belia Sabah terpaksa keluar untuk mencari pekerajaan di merata tempat, samada di Singapura mahupun Semenanjung, malah ke Australia sebagai pemetik buah apel. 

Apabila kerajaan melihat itu, maka satu HALATUJU dilancarkan. Menerusi HALATUJU itu terkandung kaedah mencipta peluang pekerjaan, kerana halatuju itu mencipta berbagai bentuk perniagaan atau aktiviti ekonomi. 

HALATUJU yang dilancarkan semasa Kerajaan Sabah diterajui Tan Sri Musa Aman, menjadikan sektor pelancongan sebagai motivator kepada penciptaan lapangan pekerajaan dan aktiviti ekonomi, disamping sektor-sektor tradisi seperti sektor pertanian, perikanan dan perminyakan serta industri pemerosesan.

Sebagai impak kepada HALATUJU itu bukan sedikit lapangan pekerjaan telah diwujudkan, malah perolehan negeri juga turut bertambah. 

Ada lah lumrah, setiap hari berlakunya pertambahan penduduk, maka berlakunya pencari kerja, pendek kata, peluang-peluang pekerajaan baharu perlu dicipta setiap masa disesuaikan dengan permintaan yang baharu. Peluang pekerjaan baharu perlu sentiasa selari dengan permintaan baharu. Namun, apabila peluang pekerjaan baharu terhenti, sementara permintaan untuk itu terus berjalan laju, maka timbullah keluhan ADUN Moyog itu yang juga Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah.

Keluhan ADUN Moyog itu semoga membuka mata Kerajaan Negeri yang diterajui Datuk Shafie Apdal, bahawa Kerajaan kena membuat tindakan drastik agar kerajaan negeri dapat menzahirkan dasar-dasar yang boleh membuka peluang-peluang pekerjaan.

Di era Pemerintahan Berjaya, berbagai syarikat berkaitan kerajaan ditubuhkan semata-mata untuk membuka peluang-peluang pekerjaan, demikian juga semasa era Bn yang diterajui Musa, banyak syarikat berkaitan kerajaan ditubuhkan, semata-mata untuk membuka lapangan pekerjaan.

Boleh diisenaraikan projek-projek yang membuka peluang-peluang pekerjaan bagi rakyat Sabah semasa era Musa, misalnya pengwujudan POIC-Lahad Datu, SAMUR-Sipitang, SOGT-Kimanis, Projek Pan Borneo, SICC-Teluk Likas, kompleks beli belah seperti Suria, Imago, Oceanus, Grand Merdeka, Sunlight Prawn Farming dan sebagainya.

Akan tetapi hakikat yang perlu kita terima, pencari kerja sentiasa bertambah, sebab itulah pihak kerajaan perlu beriktihar dengan berbagai dasar untuk membuka peluang-peluang pekerjaan, samada ianya berupa pengwujudan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau dasar-dasar yang membuatkan swasta melabur untuk menopang keperluan pencari kerja.

Penulis berharap menerusi keluhan ADUN Moyog itu akan membuka mata pembuat dasar bukan sahaja di peringkat negeri akan tetapi juga di peringkat kebangsaan.

Walaupun ramai neitzen membidas keluhan ADUN Moyog itu, penulis percaya, mereka itu hanya menilai yang TERSURAT tanpa menyadari YANG TERSIRAT. Penulis mengucapkan Tahniah kepada YB Jenifer Lasimbang, kerana berani berkata situasi sebenar walaupun PAHIT.

1 comment:

  1. Kasi tau sama itu Adun, kalau lu sudah penat lu berhenti saja. Tiada rugi juga rakyat. Lu pun boleh rehat sambil fikir apa mau bikin. Kerja memang susah mau dapat sekarang, Adun. Adun tau ka, itu orang dari semenanjung memang banyak kasi kerja tapi semua kuli kilang, rasanya di mata tokey2 sana kita ni macam bangla, dibayar murah tapi kerja macam kuda. Bagus saya jadi kuli di negeri sendiri.

    Kepada graduat yang masih menganggur, ko ambil saja kerja apa pun ada di Sabah tu. Jadi kuli kedai pun OK asal ko tidak menganggur dan boleh masuk itu dalam resumé. Sambil2 ko carilah kerja di mana ka, di afrika ka mana ka, kalau tida juga ko berniaga ka kecil kecil. Insyaallah ada ko punya rezeki tu. Sa juga kuli bha, sa juga ada degree, tapi sa tidak nganggur... 😂

    ReplyDelete