Saturday, February 02, 2019

PENCAPAIAN KERAJAAN SABAH-ERA MUSA

Pencapaian sesebuah kerajaan bukan sahaja dilihat pada kadar kemajuan dan pembangunan, peningkatan kewangan negeri, bajet yang terus meningkat, akan tetapi dilihat bagai mana sesebuah kerajaan dapat menurunkan kadar kemiskinan.

Kadar kemiskinan Sabah yang cukup tinggi telah diwarisi oleh Kerajaan Bn pada tahun 1994, iaitu lebih 30%, 15 tahun kemudian kadar itu dapat diturunkan kepada 19.7% pada tahun 2009. Penurunan kadar kemiskinan ini sebagai impak HALATUJU pembangunan & Kemajuan Negeri Sabah yang diperkenalkan oleh Tan Sri Musa Aman sebaik sahaja beliau dilantik ke jawatan Ketua Menteri pada Mac 2003.

Sebagai impak berganda kepada HALATUJU itu, kadar kemiskinan negeri terus menurun, iaitu 2.9% pada tahun 2014, dan kini hanya berbaki 1%.

Data penduduk Sabah termasuk miskin tegar dan miskin pada Januari, 2019 seramai 38,824, masing-masing 19,469 kategori miskin tegar (0.5%) dan 19,355 miskin (0.5%). Menerusi peratusan itu, maka impak Halatuju pembangunan & Kemajuan Sabah sebenarnya berjaya menurunkan kadar kemiskinan negeri.

Menurut pengamatan penulis, selepas bergantinya kerajaan, walaupun kerajaan yang mengganti secara senyap tidak mengakui meneruskan HALATUJU, namun setakat 10 bulan mengambil alih kerajaan negeri, tiada polisi atau HALATUJU baharu dicadangkan, maka penulis mengambil kesimpulan, bahawa kerajaan baru Sabah menggunapakai atau mengadopsi HALATUJU yang diperkenakan oleh Tan Sri Musa.

Menurut data terakhir bagi konteks Sabah, kerana impak Halatuju, maka tersedia lebih 88ribu peluang pekerjaan dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan, selain pembinaan dan pembuatan, namun di peringkat kolar putih yang membabitkan graduan hanya lebih 5ribu peluang pekerjaan yang tersedia.

Melihat kepada peluang-peluang pekerjaan yang tersedia, maka sememangnya, HALATUJU yang diperkenalkan Kerajaan Bn sungguh memberi impak kepada pembangunan dan kemajuan negeri.

Berasaskan kepada keadaan itu, maka keputusan para wakil rakyat katak mengubah kerajaan, sebenarnya tidak siginifikan.

No comments:

Post a Comment