Monday, February 18, 2019

KERAJAAN SABAH BAKAL JADI PEMBANGKANG?

Desas desus berlegar-legar, bahawa Kerajaan Sabah bakal memutuskan kolaborasi dengan Kerajaan Pakatan Harapan, ekoran keputusan PPBM mengembangkan sayapnya ke Sabah.

Semasa artikel ini ditulis, kenyataan akhbar Presiden Parti Warisan Sabah-Datuk Shafie Apdal samada menyambut baik atau sebaliknya kemasukkan parti pimpinan Tun Dr Mahathir tersebut sepertimana ditunggu-tunggu belum dikeluarkan.

Sejak PPBM membuat keputusan pada 15 Februari lalu untuk melebarkan sayapnya ke Sabah, dua anggota kabinet Sabah daripada DAP dan PKR telah membuat kenyataan tidak bersetuju dengan tindakan PPBM masuk ke Sabah, malah ADUN DAP Luyang, menganggap kemasukkan parti itu ke Sabah sebagai tindakan menikam belakang Parti Warisan Sabah.

Berlegar-legar cerita, bahawa beberapa ADUN PKR dan DAP akan menyertai Shafie jika Presiden PWS itu membuat tindakan untuk memutuskan kolaborasi dengan Pakatan Harapan.

Jika Shafie bertindak memutuskan kolaborasi dengan PH, maka Sabah sekali lagi menjadi kerajaan pembangkang kepada Kerajaan Persekutuan, seperti mana dilakukan oleh PBS pada tahun 1990 sehingga tahun 1994.

Pada masa ini, PWS secara bersendirian bersama-sama ADUN dilantik serta sokongan beberapa ADUN DAP dan PKR sekurang-kurangnya mempunyai 40 ADUN, dan jumlah itu mencukupi mempertahankan kerajaan. Sebenarnya Shafie hanya memperlukan 34 sokongan ADUN untuk meneruskan kerajaan pimpinan beliau.

Shafie sebenarnya secara tidak langsung mempunyai niat untuk memutuskan kolaborasi dengan PH, apabila beberapa pemimpin PWS termasuk Pengerusi sebuah agensi Kerajaan Negeri- Ismaily Bungso menuduh Tun Dr Mahathir sebagai "ular", malah ada pemimpin pertengahan parti itu, termasuk pegawai khas menteri Persekutuan daripada parti itu, menulis di laman sosial, kritikan dan bangkangan terhadap Tun Dr Mahathir.

Walau apapun, sama-sama kita tunggu kenyataan akhbar Datuk Shafie Apdal.

No comments:

Post a Comment