Tuesday, January 29, 2019

RAKYAT KENA HALANG SHAFIE MUSNAHKAN NEGERI

Sungguh memeranjatkan, struktur organisasai dan kemudahan awam yang terbukti bertahun-tahun berjalan dengan baik, mahu distrukturkan semula.

Tiada dalam istilah mana-mana organisasai yang berjalan dengan baik distruktur semula.

Kerajaan Sabah bersama-sama dengan struktur organisasi yang diwarisi Shafie, sebenarnya sebuah kerajaan yang sungguh mapan, termasuklah struktur organisasi di semua peringkat, termasuk syarikat-syarikat milik kerajaan.

Sebuah kerajaan yang berjaya mengeluarkan negeri daripada kancah kemiskinan, berjaya membangun negeri dengan berbagai kemudahan awam, kerajaan yang telah meningkatkan kewangan negeri 20 kali ganda, kerajaan yang dapat membentangkan bajet mencatit rekod, selain kerajaan yang mendapat sijil tanpa teguran selama 16 tahun dariada Ketua Audit Negara, selain mendapat penarafan AAA daripada penarafan antarabangsa selama 7 tahun berturut-turut sehingga tahun 2017.

Selain itu, kerajaan yang diwarisi mempunyai simpanan hutan kekal seluas 1.87juta hektar, berbanding keluasan yang diwarisi kerajaan terdahulu yang mana keluasan hutan kurang daripada 850ribu hektar.

Kerajaan terdahulu dapat memajukan dan membangun negeri dan rakyatnya kerana mempunyai halatuju yang jelas, ertinya mempunyai satu destinasi dan tujuan untuk dicapai. Sebabnya tiada organisasi atau kerajaan yang boleh mencapai matlamat atau tujuan tanpa hala tuju.

Menerusi halatuju itu, maka sesiapa pun boleh menyemak rekod, membandingkan antara pencapaian dan tujuan/rancangan. Kerana adanya rekod itu, maka apa pun cara kerajaan yang mengganti mahu menafikan atau memburuk kerajaan terdahulu, tidak kan berjaya, kerana fakta tidak pernah berbohong. 

Pada Jun, 2018 Datuk Shafie sebelum diterdedah pembohongan beliau berkaitan kewangan Sabah, beliau cepat-cepat membuat pusingan U, apabila mengakui Sabah mempunyai simpanan kewangan lebih RM3bilion, sedangkan sebelumnya, beliau berdegar-degar memberi tahu wartawan dalam satu majilis politik, bahawa kedudukan kewangan Sabah negatif. Semalam, Bendahari Negeri Sabah membuat kenyataan, sesuai dengan laporan audit, bahawa kewangan Sabah kukuh, kerana pada Disember, 2017 kewangan Sabah hampir RM4bilion (tepatnya RM3.74bilion). Pada Jun, 2018, DUN Sabah diberitahu, simpanan kewangan Sabah berjumlah RM3.4bilion.

Seperti mana kerap diutarakan melalui sidang DUN Sabah, bahawa kerajaan dahulu, sangat mementingkan pemuliharaan hutan, termasuk kawasan-kawasan geran komunal, taman-taman rekerasi, namun sejak akhir-akhir ini, kawasan-kawasan yang dilindungi itu telah dibalak, malah penduduk di sebuah kampung di Nabawan membantah pembalakan di kawasan mereka. 

Dalam tempoh 3-5 bulan ini, lori-lori besar mengangkut kayu kelihatan di jalan-jalan di Sabah di waktu tengah malam sehingga subuh, di mana sebelum ini, aktivti itu, jarang berlaku.

Jika Shafie dan kerajaan beliau meneruskan tindakan tikus membaiki labu, maka 5 tahun akan datang Sabah bakal kembali ke era 90-an. Perlu diingatkan, apabila kerosakan berlaku, maka puluhan tahun diperlukan untuk memulihkan semula, seperti mana pengalaman kerajaan terdahulu yang mewarisi kerajaan tahun 1994, hampir 10 tahun masa diperlukan untuk memperbaiki kerosakan itu, itu pun kerana HALATUJU pemabngunan & Kemajuan Sabah tahun 2025, cepat-cepat dilancarkan sebaik Sabah Musa Aman dilantik ke Jawatan Ketua Menteri pada Mac, 2003. Tanpa Halatuju, kerajaan mapan yang diwarisi Shafie, tidak bakal wujud.

Melihat cara Shafie mentadbirkan, yang hanya tahu bercakap, tanpa halatuju yang jelas, kemungkinan besar, kerajaan yang diwarisi selepas PRU-15, akan menyerupai kerajaan yang diwarisi pada tahun 1994. Walaupun demikian, adalah lebih baik rakyat bertindak menyelamatkan negeri sebelum mengalami kemusnahan yang lebih teruk.

No comments:

Post a Comment