Friday, January 04, 2019

PENCAPAIAN MUSA SELAMA 15 TAHUN

Sebagai pengamat kemajuan, pembangunan dan politik Sabah, 15 tahun terakhir sebelum PRU-14, merupakan lonjakkan kejayaan Sabah sebagai sebuah negeri. Dalam tempoh masa itu, kemajuan dan pembangunan bergerak dengan rancak serta pantas, malah terwujudnya kestabilan politik.

Jika pun berlakunya pergolakan politik ekoran penggantungan Naib Presiden Umno Datuk Shafie Apdal pada tahun 2016 daripada parti bukannya berpaksi kepada pergolakan politik dalam negeri, namun di luar kawalan kepimpinan negeri.

Rakyat Sabah tahu, khususnya ahli Umno, bahawa Datuk Shafie satu-satunya pemimpin Sabah yang pernah menduduki jawatan Naib Presiden parti. Pencapaian itu, kerana beliau mendapatan sokongan sepenuhnya daripada kepimpinan negeri yang dipengerusikan oleh Tan Sri Musa.

Musa mempunyai sifat semulajadi, apabila menyokong atau membantu, dilaksanakan dengan penuh keikhlasan, sebab itu, di era beliau kemajuan dan pembangunan negeri begitu pesat sekali, kerana faktor keiklasan membangunkan dan memajukan negeri dan rakyatnya.

Fakta menunjukkan, semasa Musa mengambil jawatan Ketua Menteri pada Mac, 2003, beliau mewarisi hanya RM184juta simpanan wang negeri, KDNK yang tidak sampai RM50bilion, keluasan hutan kekal yang tidak sampai 1juta hektar, kadar kemiskinan melebihi 30%, selain pembangunan kemudahan asas yang masih daif.

Namun, asas yang ada pada beliau sebagai ahli perniagaan, beliau memperkenalkan Halatuju Pembangunan & Kemajuan Sabah. Menerusi halatuju itu, selepas beliau menyerahkan kerajaan, kerajaan yang baharu mewarisi simpanan kewangan yang berjumlah hampir RM4bilion, keluasan hutan kekal hampir 2juta hektar, kadar kemiskinan di bawah 3%, KDNK hampir RM80bilion. Malah bajet negeri yang membuat rekod, dapat diteruskan oleh kerajaan yang mengganti, kerana asas ekonomi dan sumber kewangan telah diwujudkan.

Bagi pemimpin politik atau sesiapa sahaja yang pernah bekerjasama dengan Musa, pasti akan setuju dengan penulis, bahawa Musa adalah pemimpin yang sentiasa walk the talk, pemimpin yang tidak suka bercakap banyak, tetapi sentiasa seperti diam ubi berisi.

Selain itu, Musa adalah pemimpin yang sentiasa mengotakan, apa yang beliau katakan, kata-kata beliau walaupun tidak tertulis, tetapi merupakan satu perjanjian.

Mungkin banyak rakyat tahu, selepas PRU-14, beliau terpaksa menjalani perubatan di luar negara, kerana rekod perubatan beliau berada di negara berkenaan. Semasa menjalani rawatan itu, berbagai spekulasi berlegar-legar, namun apabila beliau ketahui, bahawa beliau diperlukan dalam negara untuk membantu siasatan, beliau memutuskan untuk pulang ke tanah air, meskipun dilarang oleh doktor yang merawat beliau.

Sekembalinya beliau ke tanah air, pihak berkuasa tidak perlu mencari-cari beliau, beliau sendiri datang ke pejabat agensi yang memerlukan keterangan beliau secara sukarela, walaupun keadaan kesihatan beliau tidak mengizinkan.

Musa adalah seorang pemimpin yang tidak suka lari daripada sebarang masalah, beliau mempunyai iltizam yang sangat tinggi, untuk menyelesaikan setiap masalah, selain itu, beliau tidak suka menimbulkan masalah pada orang lain.

Pada hari ini, penulis terbaca daripada siaran beberapa media online, bahawa Musa memohon passport beliau dikembalikan secara sementara bagi membolehkan beliau meneruskan rawatan yang telah tertangguh. Penulis dan kebetulan sebagai rakyat Sabah, mengharapkan sangat pihak-pihak tertentu melepaskan passport itu, bagi membolehkan Musa meneruskan rawatan. Berasaskan kepada rekod beliau, tidak akan menyusahkan mana-mana pihak, kerana tujuan beliau hanya meneruskan rawatan, tidak berkait dengan kes yang beliau hadapi.

1 comment: