Saturday, December 29, 2018

PPBM PARTI MELAYU DAN BUMIPUTERA: TUN DR MAHATHIR

Pemerhati daripada Sabah AGM-2 PPBM
Ucapan dasar Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir menerusi AGM ke-2 parti itu di PICC- Putrajaya malam ini, menegaskan sekali lagi, bahawa penubuhan PPBM adalah untuk mewakili kaum melayu dan bumiputera di negara ini.

Beliau mengakui bahawa sebelum dan selepas merdeka, sehingga tahun 2003, Umno adalah parti yang melindungi melayu dan bumiputera selain suku kaum lain di negara ini, namun, menurut PM-7 itu, asas itu berubah, selepas itu, dan akhirnya parti yang disanjung kaum melayu dan bumiputera itu kehilangan kuasa kerana perbuatan para pemimpinnya sendiri.

Kini, menurut Tun Dr Mahathir, UMNO sudah berkecai, menunggu untuk dikuburkan, kerana orang melayu dan bumiputera mula meninggalkannya.
Tun Dr Mahathir PICC Putrajaya

PPBM bukanlah Umno ke-2 atau sewaktu dengannya, atau klon daripada parti itu, akan tetapi PPBM merupakan parti melayu dan bumiputera dalam Malaysia Baharu.

Dalam ucapan dasar itu juga, Tun Dr Mahathir menyatakan, bahawa di negara ini, tiada parti yang boleh mengalahkan Umno, tanpa sebuah parti yang disokong oleh kaum melayu dan bumiputera. Dengan kenyataan itu, bermakna pada PRU-14 lalu, kemenangan PH, kerana kehadiran PPBM. Kenyataan itu juga membawa maksud, parti yang didokong parti itu di Sabah, Parti Warisan Sabah menang 21 kerusi DUN dan 8 kerusi Parlimen, kerana PPBM tidak meletakkan calon, sebaliknya memberi sokongan kepada calon PH dan PWS.

Walaupun PWS dan PH tidak menang di Sabah, namun dapat membentuk kerajaan, kerana lompat parti.

Penyebab utama mengapa PWS dan PH tidak menang di Sabah, kerana faktor kepimpinan negeri masa itu yang masih dipertahankan rakyat. Tanpa mereka, kemungkinan besar, akan merupai negeri-negeri lain di Semenanjung, termasuk negeri asal Umno, Johor.

Kini, senario politik tanah air berubah, khususnya hala tuju kaum melayu dan bumiputera. Di Sabah khasnya, selepas PRU-14, para mantan wakil rakyat dan pemimpin Umno telah melihat, bahawa PPBM adalah parti sandaran untuk bumiputera seterusnya.

4 comments:

  1. You can take the YBs Yang Bingong..but can never shatter the grassroot.

    ReplyDelete
  2. Apa yang Tun M merapu ni...

    Cara cakap dia sebiji macam masa dia dlm UMNO cakap kepada PAS atau PKR masa tu..

    BERSATU baru setahun jagung....ahli & pemimpin masih tak tahu kenapa BERSATU ditubuhkan...
    Roh perjuangan parti pun tak ada....macam mayat hidup ajer..

    Yg ahli & pemimpin mereka tahu ialah BERSATU ditubuh oleh Madey atas cadangan LKS yg nak memecahbelahkan orang melayu dan nak menjatuhkan Najib...Tak lebih dari itu.

    Najib dah jatuh...UMNO dh kalah....
    Apa lagi yg BERSATU Nak???....BERSATU tak ada pemimpin yg ada roh dalam perjuangan..

    Elok mereka balik kepada UMNO dan bubarkan BERSATU..

    Percayalah!!!!....BERSATU akan mati , selepas matinya madey..

    ReplyDelete