Monday, November 05, 2018

TUDUHAN RASUAH TERHADAP MUSA-MAINAN POLITIK

Tuduhan terhadap Tan Sri Musa Aman berkaitan perkara lampau, jelas merupakan mainan politik.

Musa didakwa menerima USD 63.29juta daripada beberapa individu yang berkaitan 15 syarikat pembalakan di Sabah daripada tahun 2004-2008.

Dakwan dalam Seksyen 11(a) Akta BPR 1997 adalah menerima, dalam seksyen yang sama juga ada Seksyen 11(b) iaitu memberi.

Sebenarnya dalam seksyen itu baik penerima dan pemberi perlu didakwa.

Kalau bercakap berkaitan pembalakan di Sabah, fakta lapangan menunjukkan, bahawa kawasan hutan Sabah terus meningkat. Tahun 2002, keluasan hutan Sabah hanya 838 ribu hektar, tahun 2017 meningkat kepada 1.8juta hektar, pertambahan 1juta hektar.

Malah pada tahun 2007, Musa telah membatalkan 3 konsesi besar pembalakan yang melibatkan lebih 700 ribu ekar, iaitu konsesi MALUWA, SEGAMA dan KELOMPANG untuk dijadikan sebagai kawasan Simpanan Hutan Kekal yang dilindungi (tidak boleh dibalak). 

Di Mahkamah nanti, semua individu yang dikaitkan, sudah tentu disapina untuk diminta keterangan. Para individu tersebut antara lain Lim Nyuk foh, Looh Chai Boon, Chia Tien Foh, Mazlan Zakaria, Lo Man Han dan Ngui Ing Chung.

Selama 15 tahun, sehinggalah PRU-14 pada Mei, belum terdengar bahawa ada siasatan terhadap 15 Syarikat pembalakan di Sabah dan para individu yang disebutkan. Apa yang diketahui oleh rakyat Sabah adalah dana RM1.5bilion daripada KKLW dan RM15.5juta wang RISDA, malah para individu yang terlibat telah direman dan masih jaminan SPRM dengan ikat jamin ratusan ribu ringgit, namun tiada tindakan lanjut.

Di Malaysia ada lah perkara biasa musuh politik didakwa di mahkamah, namun berasaskan kes-kes lalu, mahkamah akhirnya membebaskan mereka ini.

Pihak berkuasa boleh sahaja menuduh para pemimpin yang tidak sebulu, semata-mata untuk memalitkan imej buruk dan melalukan pemimpin itu.

Sebenarnya tuduhan terhadap Musa memberi ruang kepada beliau membersihkan nama menerusi mahkamah supaya mahkamah rakyat terbukti sebagai auta.

No comments:

Post a Comment