Wednesday, November 07, 2018

DISEBALIK TUDUHAN RASUAH TERHADAP TAN SRI MUSA AMAN

Penulis hanya berminat memberi komen sebab musabab mengapa pertuduhan rasuah terhadap Tan Sri Musa Aman dibuka semula.

Tuduhan ini selain gangguan terhadap ADUN Sungai Sibuga itu, juga sebagai kaedah memalit imej buruk kepada Ketua Menteri terlama Sabah itu menjelang keputusan saman beliau terhadap TYT Sabah dan Datuk Shafie Apdal yang bakal diputuskan pada pukul 3.30 petang di Mahkamah, Kota Kinabalu.

Siasatan terhadap Musa berkaitan konsensi pembalakan di Sabah bermula sejak tahun 2009. 

Melalui siasatan SPRM, suruhanjaya itu tidak menjumpai bukti-bukti mencukupi untuk tindakan pendakwaan, sebab itu, Menteri (Datuk Nazri Tan Sri Aziz) yang bertanggungjawab terhadap Suruhanjaya itu memberi tahu Dewan Rakyat, bahawa Musa tidak terlibat dengan sebarang salah guna kuasa termasuk rasuah.

Praktik perundangan di negara ini, SPRM tiada kuasa pendakwaan, kerana kuasa itu terletak di tangan Peguam Negara. Jika peguam negara mendapati tiada asas pendakwaan, maka pihak peguam negara akan memberi keputusan itu kepada SPRM. Keputusan itu kemudiannya diberikan kepada menteri, untuk digunakan sebagai jawapan kepada ahli parlimen di Dewan Rakyat.

Pada tahun 2012, dalam jawapan di Parlimen, Nazri Aziz memberi tahu dewan rakyat, bahawa pihak SPRM tidak menjumpai sebarang bukti bahawa Musa bertidak salah guna kuasa termasuk rasuah berkaitan konsensi pembalakan di Sabah.

Memang terasa pelik, kes lampau yang sudah ditutup dibangkitkan semula. Kerana pembangkitan kes ini, maka Peguam Negara masa itu- Tan Sri Gani Patil serta Pengerusi Suruhanjaya SPRM masa itu perlu memberi penjelasan.

Tan Sri Musa selepas di dakwa di mahkamah Sesyen, Jalan Duta Kuala Lumpur, memberi tahu para wartawan bahawa beliau dan peguam beliau akan membersihkan nama beliau terhadap tuduhan-tuduhan itu.

Bagi penulis tuduhan terhadap Musa memang bermotifkan politik, bukan berasaskan kepada perundangan. Sebabnya, para individu yang menyiasat Musa masa itu, masih merupakan kakitangan SPRM pada masa ini. Apa bezanya bentuk penyiasatan????

No comments:

Post a Comment