Tuesday, October 02, 2018

UMNO SABAH SEGERA LAKSANA PEMUTIHAN KEAHLIAN

UMNO Sabah kena segera melaksanakan pemutihan keahilan pasca PRU-14. 

Sebagai panduan kepada tindakan itu adalah jumlah undi yang diperolehi calon-calon Bn termasuk calon-calon parti pada PRU itu.

Pada PRU-14, jumlah undi keseluruhan calon-calon Bn adalah 348,426, manakala undi untuk calon-calon Umno sahaja berjumlah 201,935. 

Pada PRU itu, Umno diwakili 32 calon.

Undi calon-calon Umno adalah 57.72% daripada keseluruhan undi yang diperolehi Bn.

Jumlah keahlian Umno Sabah mencecah 560,000, yang mana 400,000 adalah pengundi berdaftar.

Jika dipadankan dengan jumlah undi Bn dengan ahli parti yang berdaftar yang mana jumlah undi Bn, yang tidak sampai 400,000, maka dapat disimpulkan pada PRU itu, ramai ahli-ahli parti itu telah berpaling tadah.

Penulis yakin, selepas PRU-14, ramai lagi yang telah keluar, kerana alasan ingin bersama Kerajaan yang memerintah.

Umno perlu membersihkan parti daripada para petualang, sokong membawa rebah. Tiada makna jumlah keahilan yang berjumlah besar, namun tidak mencerminkan sokongan kepada parti.

Sebelum pihak lawan menggunakan propaganda "ahli parti" keluar, maka elok lah bertindak pro-aktif.

No comments:

Post a Comment