Tuesday, October 09, 2018

SHAFIE DAN KAWAN2 MASIH SIBUK AGIH RAMPASAN PERANG

Daripada jawatan-jawatan politik sampai kepada projek-projek dikhabarkan para menteri Shafie termasuk beliau sendiri terpaksa berada dalam pejabat sehingga tengah malam bagi melawan para penyokong mendapatkan bahagian harta rampasan perang.

Sabah yang mempunyai 1.9 juta hektar kawasan hutan yang tersedia dibalak, simpanan kewangan negeri RM3.4bilion setakat Jun, 2018, Bajet 2018 sebesar RM4.104bilion, selain jawatan-jawatan GLC sedang dibahagi-bahagikan.

Penulis dalam satu kesempatan melawat Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) yang terletak di Teluk Likas, keadaannya pusat pentadbiran itu berubah sama sekali berbanding semasa Bn memerintah. Bangunan itu menyamai keadaan seperti di Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) penuh dengan pelawat, bezanya, sebahagian pelawan memakai coat dan berbaju kemas-kemas.

Penulis juga sempat diberi beberapa foto daripada seorang teman yang berjumpa Datuk Jaujan Sambakong, dan slah satu foto-foto itu penulis kongsikan dengan pembaca.

Menurut teman itu, ada wakil daripada sebuah syarikat daripada Ibu Negara berjumpa dengan Menteri Perumuhan & Kerajaan Tempatan itu untuk membincangkan cadangan projek di Sabah, namun perbincagan antara ADUN Sulabayan itu dengan wakil syarikat itu sentiasa terputus atau terganggu, kerana para penyokong beliau meluru masuk bersama surat-surat untuk ulasan menteri tersebut.

Oleh kerana para penyokong menteri itu silih berganti, menurut teman itu, wakil syarikat pelabur itu terpaksa memberi laluan kepada para penyokong menteri itu.

Menurut teman itu wakil syarikat namun terpaksa mengalah walaupun tiada kata putus berkaitan cadangan itu, kerana menteri perlu melayani para penyokong beliau terlebih dahulu.

Nampaknya, walaupun sudah 5 bulan kerajaan sementara Warisan dan PH Sabah belum habis-habis membahagi-bahagikan harta rampasan.

No comments:

Post a Comment