Tuesday, October 02, 2018

PRK PORT DICKSON: ANWAR BOLEH MENANG KAH?

Tajuk tulisan kali ini pelik bagi penyokong Pakatan Harapan, apa tah lagi PKR, memandangkan dipihak mereka tiada faktor yang boleh menghalang kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berasaskan pada situasi politik semasa.

Sudah tentu bukan perkara munasabah, calon kerajaan, Presiden sebuah parti tunjang kerajaan, bertanding pula di wilayah sendiri, timbul pertanyaan seperti mana tajuk tulisan ini.

Lagipun PRU-14 baru 5 bulan berlalu. P132 Port Dickson dimenangi bergaya oleh calon PKR- Danyal Balagopal dengan majoriti 17,710, apabila mendapat 36,225 undi berbanding calon Bn 18,515 dan Pas 6,594.

P132 Port Dickson yang mempunyai 75,000 pengundi berdaftar yang daripada 32,250 melayu, 24,750 cina, 16,500 india dan lain-lain 1,500.

Penulis menimbulkan pertanyaan boleh kah Anwar menang? atas sebab banyak pihak di kalangan PH sendiri, termasuk dalam PKR sendiri, mahu beliau kalah.

Faktor yang menghalang konspirasi menghalang Anwar menang, adalah tidak terdapatnya calon yang berwibawa yang menjadi pilihan alternatif pengundi. Calon yang ada peluang bersaing dengan Anwar hanya daripada Pas, namun calon parti itu, tidak pula dapat undi cina dan india. Kehadiran Tan Sri Isa Samad sebagai calon bebas, hanya disifatkan sebagai "spoiler".

Kenyataan Tun Dr Mahathir dalam temubual dengan BBC London, dalam program Hard Talk, jelas tidak berpihak kepada Anwar, apabila beliau mengatakan, tidak pernah memohon maaf berkaitan pemecatan Anwar pada tahun 1998, dan seterusnya masuk penjara kerana didapati salahgunakuasa berkaitan sodomi I.

Banyak indikasi Tun Dr Mahathir sebagai isyarat kepada pengundi P132 Port Dickson untuk tidak mengundi Presiden PKR elect tersebut, misalnya, beliau akan bersara pada umur 95 tahun, iaitu hampir 4 tahun daripada sekarang. Tempoh 4 tahun, adalah jangkaan PRU-15.

Indikasi lain, adalah ramai calon menentang Anwar. Penentangan ramai calon, untuk menggambarkan bahawa Anwar adalah individu tidak disenangi di kawasan itu, selain menunjukkan kepada rakyat Malaysia, bahawa beliau bukanlah calon Perdana Menteri yang ditunggu-tunggu.

2 comments: