Monday, October 01, 2018

PAU 2018: SEMUA PIHAK MEMBUKA TOPENG

Menerusi PAU 2018, semua pihak membuka topeng masing-masing. Tiada lagi hujah/ucapan berlapik. Semua berterus terang. Pemimpin/perwakilan tiada lagi tembok pemisah. Masing-masing meluahkan perasaan/pendapat daripada hati yang tulus.

Ucapan/perbahasan pada PAU kali ini, julung kali berlaku. Rupanya selama 71 kali PAU sebelum ini, sebahagian besar pembahas bermain sandiwara. Maka perbuatan sandiwara itu memakan diri sendiri apabila PRU-14, kerajaan yang ditunjangi Parti ditolak rakyat termasuk ahli-ahli sendiri.

Wakil daripada Sabah, Tan Sri Pandikar, yang juga pembahas utama menyokong Ucapan Dasar Presiden, membangkitkan dua perkara, Sitanggang Moden, dan pemimpin lidi yang berlaggak kayu balak. 

Manakala kumpulan yang TIDAK suka Presiden, bukan sahaja menyatakan ketidak akuran terhadap ucapan Presiden, akan tetapi menganggapnya TIADA halatuju jelas. Kumpulan ini, sudah menutup hati, walaupun Presiden membentang 7 Halatuju dan 21 langkah teras, namun tiada yang memenuhi kreteria mereka, namun malang sekali, mereka tidak memberi alternatif. 

Penulis, hanya melihat dua perkara sempena PAU 2018, iaitu Halatuju dan Strategi. Presiden jelas menggariskan halatuju, iaitu Menang Pilihanraya dan atau bersedia Menjadi Kerajaan Menunggu pada atau sebelum PRU-15. 

Kenampakan jelas, kumpulan yang tidak suka Zahid, pemimpin yang perasaan sepertii kayu balak, sedangkan hanya dua batang lidi, diakhir persidangan mereka tidak menampakkan diri. 

Dalam keadaan parti sebagai pembangkang, hanya satu jalan untuk bangkit semula, semua jajaran kepimpinan perlu merapat saf, perlu bergerak sebagai satu pasukan, tanpa dua cara ini, lupakan niat untuk bangkit dan menang pilihanraya. Tanpa dua cara ini, kapal yang sedang berlayar, sentiasa ditebuk, dan yang lain menampal, bukan sahaja membantut perjalanan, akan tetapi sukar sampai ke destinasi, malah mungkin sahaja akan karam. 

Penulis akui, di saat-saat ramai yang beranggapan, bahawa Umno bakal terkubur, termasuk kenyataan Tun Dr Mahathir semasa di New York, bahawa Umno akan hancur kerana ditolak kaum melayu, namun melihat suasana PAU, untuk sementara anggapan itu telah meleset. 

Yakinlah UMNO tidak akan terkubur, melainkan dikuburkan oleh pemimpinnya sendiri, yang dipankin oleh perbuatan si ketul, oleh sitanggang moden, oleh pemimpin lidi yang mengaku kayu balak.

No comments:

Post a Comment