Saturday, October 06, 2018

ISU 1MDB TIDAK LAGI MENGHANTUI UMNO?

SEPATUTNYA isu 1MDB tidak lagi menghantui UMNO, kerana pemimpin parti yang dikaitkan dengan isu itu telahpun dihadapkan ke mahkamah, dan mahkamah lah yang memutuskan samada pemimpin yang didakwa bersalah atau sebaliknya.

UMNO telah membayar mahal berkaitan dengan syarikat itu, sehinggakan menamatkan pemerintahan yang ditunjangi hampir 61 pada PRU-14.

APABILA bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dihadapkan ke mahkamah, ia boleh memberi gambaran isu 1MDB yang meruntuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) kini berada di penghujungnya.

Bayangkan parti yang dianggotai hempir 3.5juta ahli kehilangan kuasa, selain tidak dapat mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU-13, malah parti-parti komponen mengalamai kekalahan teruk. Sabah dan Sarawak yang digelar simpanan tetap Bn juga mendapat tempias.

Pakatan Harapan (PH) yang menang kerana menggunakan isu 1MDB, menghentam habis-habisan Perdana Menteri dengan gelaran PENCURI, sehinggakan dapat mempengaruhi rakyat pada PRU-14.

Kini, selepas Bn kalah, dan DS Najib Razak didakwa di mahkamah, apabila melihat kepada Pertuduhan yang belum disokong bukti-bukti, memang tidak menunjukkan bahawa beliau seorang pencuri.

Malangnya, meskipun berasaskan senarai pertuduhan terhadap DS Najib tiada fakta bahawa beliau sebagai pencuri, namun Tun Dr Mahathir masih tidak berpuas hati, beliau terus mendakwa bahawa Najib adalah pencuri.

Tun Dr Mahathir masih mengulang-ulang isu 1MDB, supaya rakyat alpa berkaitan janji-janji manifesto yang tidak ditunaikan. Selepas hampir 6 bulan pemerintahan PH, bukan sahaja tidak mahu menunaikan janji, malah bertindak memansuhkan berbagai bentuk bantuan kepada rakyat, khususnya rakyat dalam kumpulan B40 ke bawah.

Memang salah satu janji PH adalah membatalkan GST dan menggantikannya dengan SST, namun harapan rakyat agar sara hidup turun menerusi penuruan harga barangan tidak tercapai, malah harga barang terus menanjak naik.

Seharusnya, PH tidak lagi menggunakan isu 1MDB sebagai taping kekagalan menunaikan janji, sebaliknya perlulah bertindak sebagai kerajaan yang bertanggungjawab.

Kerajaan PH perlu sedar, dengan tidak menunaikan janji, bukan sahaja penyokong Umno dan parti-parti yang sama kumpulan dengannya, akan tetapi juga penyokong PH sendiri.

Bn kehilangan kerusi di wilayah tradisi seperti Felda, kawasan perkampungan nelayan dan pesawah, kerana mengharapkan janji-janji PH, namun kini mereka melopong.

Cukup-cukuplah bercakap soal kerajaan terdahulu. Kini Pakatan Harapan yang berkuasa lakukan tugas sebagai kerajaan. Dalam soal ini penulis tertarik dengan hujah Timbalan Presiden UMNO yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan semasa berbahas di DUN Negeri Sembilan baru-baru ini.

Hujah-hujah beliau bukan sahaja bertepatan untuk kerajaan negeri tersebut sahaja tetapi juga kerajaan pusat. Antara lain beliau berhujah;

“Janganlah kita asyik menyalahkan orang itu tak betul, ini tak betul, saya tanya what you done so far, orang melihat dan nak lihat apa kita harus terus bercakap mengatakan orang itu dulu (salahkan kerajaan BN dahulu). (Bagaimana) sampai tiga empat tahun, akhirnya (bila) pilihan raya dan akhirnya siapa rugi? Negeri rugi, negara rugi, inilah yang saya minta kerajaan sedia ada... buatlah kerja.

“Saya ucap tahniah kepada Pakatan Harapan kerana sudah menjadi kerajaan Pakatan Harapan, uruslah kerajaan dengan baik, jangan kita cuai, jangan kita abai tanggungjawab, pada masa tunaikan janji-janji. Kalau tak boleh buat cakap tak boleh buat, sebab (sebelum ini) kerana terlampau berkobar-kobar (mahu) menang pilihan raya buatlah segala janji apa yang patut.”

“Lepas ni orang tak boleh salahkan UMNO lagi pasal GST, kerajaan sedia ada (bertanggungjawab). Orang tak boleh salahkan lagi hutang Felda sedia ada, kerajaan PH lah (bertanggungjawab), salah PTPTN tak dihapus, salah tol tak dihapuskan kerajaanlah (bertanggungjawab).”

Walaupun kenyataan itu dibuat dalam sidang DUN Negeri Sembilan tetapi ia turut relevan dengan kedudukan negara secara keseluruhan. Ini memandangkan selama ini sudah terbukti segala janji yang dilakukan tidak mampu ditunaikan.


Bagaimanapun kerajaan masih ada masa untuk melakukan pembaikan dan benar-benar menjadi kerajaan yang berwibawa serta bertanggungjawab. Memang hebat impian untuk mengembalikan semula Malaysia sebagai harimau Asia tetapi tunaikanlah dulu janji-janji yang telah dibuat kepada rakyat.

Pada masa sama bertindaklah sebagai sebuah kerajaan bukannya bersikap seperti pembangkang. Kerja pembangkang biarlah ia diuruskan oleh Barisan Nasional (BN) dan Pas. Tanggungjawab yang ada kepada kerajaan sekarang adalah menguruskan negara.

Kalau mahu berpolitik boleh sahaja tetapi tunggulah apabila gelanggang PRU-15 dibuka. Sekarang bukan musim pilihan raya, tetapi sekarang adalah masa untuk bersama-sama membangunkan negara.

Ketepikan pembezaan politik, hapuskan politik kebencian dan janganlah dilihat menjadikan kuasa yang dimiliki untuk membalas dendam. Jika sikap itu diteruskan yang akan rugi akhirnya seperti mana kata Mohamad Hasan ialah rakyat dan negara.

Bagi membolehkan kerajaan benar-benar berjaya, barisan Kabinet perlu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sempurna. Janganlah melakukan tindakan atau membuat kenyataan yang menunjukkan mereka seolah-olah masih belum keluar dari jiwa pembangkang.

Terserahlah kepada kerajaan untuk menguruskan negara ini dengan sebaik-baiknya. Tindakan terus menguar-uarkan skandal 1MDB ke seluruh pelosok dunia dan mendakwa hutang negara kita mencecah trilion ringgit bukanlah sikap kerajaan yang baik, sebaliknya ini hanyalah alasan bagi menutup kelemahan.

Mereka perlu memahami, rakyat memberi sokongan kepada Pakatan Harapan pada PRU lalu kerana ingin melihat situasi negara jauh lebih baik berbanding ketika di bawah BN.

Janganlah kita asyik menyalahkan orang itu tak betul, ini tak betul, saya tanya what you done so far, orang melihat dan nak lihat apa kita harus terus bercakap mengatakan orang itu dulu (salahkan kerajaan BN dahulu). (Bagaimana) sampai tiga empat tahun, akhirnya (bila) pilihan raya dan akhirnya siapa rugi? Negeri rugi, negara rugi, inilah yang saya minta kerajaan sedia ada... buatlah kerja. Datuk Mohammad Hasan

Umno perlu melepaskan diri daripada isu 1MDB, katakan pada rakyat atau akar umbi, berilah peluang kepada pihak berkuasa seperti SPRM, PDRM, mahkamah mengurus isu 1MDB.

Rakyat kini mempunyai rujukan dan dapat membandingkan keupayaan antara kerajaan Bn dan PH. Menerusi rujukan itu nanti, apabila tiba PRU-15 buatlah keputusan.

No comments:

Post a Comment