Tuesday, October 09, 2018

20 TAHUN-AKHIRNYA TUN DR MAHATHIR-ANWAR SEPENTAS

KERANA PRK Port Dickson, Tun Dr Mahathir dan Dato Seri Anwar Ibrahim akhirnya sepentas dalam tempoh 20 tahun.

Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada September. 1998 selepas Sukan Komonwel di mana Malaysia sebagai tuan rumah.

Pada hari ini di PRK Dickson, walaupun kehadiran Tun Dr Mahathir berkempen untuk Anwar bagi berdepan 6 calon yang lain, namun PM-7 itu lebih mempromisikan diri beliau, bukannya menyeru pengundi PD memenangkan Anwar.

Kehadiran Mahathir semata-mata menyahut keluahan penyokong dan ahli PKR, yang percaya bahawa PM-7 itu sedang mengatur gerakan belakang tadbir bagi menghalang Presiden PKR itu menjadi Perdana Menteri.

Calon Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli memilih alasan sebab-sebab beliau bertanding untuk memastikan Anwar menjadi PM-8 negara.

Kehadiran Tun Dr Mahathir "membantu" kempen Anwar mempunyai serampang dua mata, pertama menidakkan anggapan bahawa beliau menghalang Anwar menjadi PM dan kedua membantu Azmin Ali mempertahankan Timbalan Presiden PKR.

Kemungkin besar kubu Rafizi tidak mengantisipasi gerakan Tun Dr Mahathir, sehinggakan kini, menerusi kehadiran PM-7 pada kempen Anwar telah memerangkap kubu Rafizi.

PRK Port Dickson, di atas kertas, memang Anwar menang mudah, meskipun beliau adalah calon luar, namun kerana Anwar merupakan bakal Perdana Menteri, maka ianya satu kebanggaan bagi pengundi kawasan itu.

Kehadiran Tun Dr Mahathir nampaknya telah menutup peluang calon-calon lain termasuk Tan Sri Isa Samad.

No comments:

Post a Comment