Saturday, April 02, 2016

Pilihanraya Sarawak-Penanda Aras PRU-14?

Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan pada 11 April, bagi membuka jalan PRN-11 bagi negeri terbesar di Malaysia itu.

Pada PRN-10 yang dijalankan pada Tahun 2011, daripada 71 kerusi DUN yang dipertandingkan, parti Barisan Nasional negeri menang 54, manakala pembangkang 17. Pada PRN-11, jumlah kerusi telah bertambah kepada 82.

Di atas kertas, nampaknya, parti BN Sarawak tidak berdepan dengan masalah untuk menang besar, khususnya di kawasan tradisi. 

Pada PRN kali ini, akan terlihat, apa kah sokongan kaum cina masih berpihak kepada Parti DAP? Jika keadaan tetap sama, ertinya, kaum cina sudah membuat keputusan, bahawa mereka tidak mahu berketuakan pemimpin daripada Parti Barisan Nasional atau bumiputera.

Sejak Tan Sri Adenan Satem dilantik sebagai Ketua Menteri, beliau telah banyak membuat keputusan berpihak kepada kaum cina, khususnya polisi-polisi berkaitan dengan perniagaan. Polisi-polisi itu mensasarkan kaum cina yang tinggal di bandar mahupun separa bandar.

Pada PRN-10, kekalahan calon-calon kaum cina daripada BN, boleh digambarkan sebagai tsunami kaum cina. Ekoran tsunami kaum cina pada PRN Sarawak itu kemudiannya terbawa-bawa ke PRU-13, di mana ramai calon-calon Bn terutama daripada MCA dan Parti Gerakan kalah. 

Pada PRU-13, meskipun parti Umno menambah 9 kerusi berbanding PRU-12, namun secara keseluruhan Bn kehilangan 7 kerusi, ertinya, 16 kerusi Bn sebelum pembubaran Parlimen telah dirampas oleh pembangkang. Daripada 16 itu, 3 kerusi Parlimen di Sarawak dan 2 di Sabah, manakala di Semenanjung 11, termasuk dua kawasan tradisi Umno, Batu Pahat dan Temerloh. 16 kerusi parlimen Bn yang dirampasa itu, 13 kawasan bermajoriti kaum cina dan satu kawasan bermajoriti kaum KDM, iaitu Parlimen Penampang, Sabah. Dan pada keadaan yang sama Bn merampas 7 kerusi melalui parti Umno kawasan majoriti kaum melayu daripada Parti Pas dan PKR.

Pada PRN Sarawak kali ini, sebenarnya merupakan penunjuk aras kepada keupayaan parti Barisan Nasional berdepan dengan PRU-14. Jika Bn Sarawak boleh menang di kawasan-kawasan kaum cina, ertinya, tsunami kaum cina bagi Bn, boleh dianggap dinoktahkan atau sekurang-kurangnya telah mengendur. Jikalau itu berlaku, maka parti komponen Bn khususnya MCA dan Gerakan, bolehlah bernafas lega, kerana menurut penganalisis politik tanah air, PRU-14, merupakan pengakhir kepada semua parti kompnen Bn yang berasaskan kaum cina.

Rakyat Malaysia kini, tertumpu kepada PRN Sarawak, jika proses pengundian dijalankan pada bulan April ini juga, maka pada Mei nanti, kita sama-sama menjadi saksi berapa jumlah kerusi yang bakal dimenangi parti-parti Bn Sarawak, khususnya bagi kawasan kaum cina.

2 comments:

  1. Pilihan raya kecil disemenanjunglah penanda aras pru14 yg sebenar-benarnya.

    ReplyDelete
  2. PR Sarawak is for Adenan Satem NOT for Najib.

    ReplyDelete