Wednesday, July 22, 2015

Pengarah Syarikat Ditahan Petugas Khas- Bukan Daripada 1MDB

1. Seorang Pengarah Syarikat berumur 39 tahun yang ditahan di KLIA pada Isnin semasa mencuba berlepas ke Taiwan, bukan daripada 1MDB.

2. Dalam satu kenyataan pada Selesa, 1MDB menyatakan bahawa tiada sesiapa daripada syarikat tersebut ditahan oleh petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat 1MDB.

3.Sebelum ini adalah Laporan mengatakan bahawa individu yang ditahan tersebut merupakan pengarah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan mempunyai urusniaga dengan SRC sebuah anak syarikat 1MDB sebelum diambil alih Kementerian Kewangan pada Tahun 2012.

4. SRC dikatakan mendapat pinjaman RM4bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan.

5. Pada 2 Julai The Wall Street Journal, mengaitkan SRC kononnya ada memindakan wang tunai kepada akaun peribadi Perdana Menteri.

1 comment:

  1. Kalau Najib tak bersalah, sila jawab soalan mengenai pelaburan sebanyak RM 15.4 bilion oleh 1MDB di dalam Brazen Sky, Aabar Deposit serta GIL Funds, pelaburan dalam bidang apa? Pelacuran? Ceti Haram? Pemerdangan Manusia? Tanaman Hidroponik Kangkung? Pengedaran Kapcai? Pemprosesan Dadah? Agensi Membekal Chinadoll ke pusat maksiat? Perusahaan Membuat Alatan Rangsangan Seks? Perusahaan Membuat Ubat Kuat Seks? Video Lucah? Kelab Malam? Dangdut? Pub? Karaoke? Disko? Pemprosesan Arak? Pemprosesan Air Ketum Untuk Penagih Dadah? Jual Burger? Perjudian? Jual Nasi Lemak? Jual Satay? Dalam bidang apakah pelaburan oleh 1MDB dengan nilai sebanyak RM 15.4 bilion itu?

    Malahan sila buat penjelasan umum mengenai apakah Najib pernah membuka dua akaun di AmBank sebelum PRU 13 dan menutupnya selepas beberapa bulan berakhirnya PRU 13 dan apakah benar wang RM 2.63 bilion itu pernah ada dalam akaun Najib atau tidak.

    Malahan sila Najib berikan penjelasan mengapakah Rosmah si penganggur tua yang haram tak ada pekerjaan tetap boleh ada RM 2 juta dalam akaunnya melibatkan beberapa transaksi melibatkan sejumlah wang antara RM 150,000.00 hingg RM 300,000.00, dari mana sumber wang itu? Malahan Rosmah melalui peguamnya pun dah mengaku itu akaunnya, tapi dia hingga kini tak menafikan mengenai RM 2 juta itu.

    Tak payah nak putar belit, sekarang ni dah terdedah bahawa Justo tu bukannya memalsukan dokumen 1MDB pun, sekarang kerana nak cover line, maka didedahkan satu watak baru iaitu James Steward pula yang dituduh bersekongkol untuk memalsukan dokumen 1MDB pula.

    Lepas ni kalau kantoi lagi bukan James Steward ini yang memalsukan dokumen berkenaan, saya tak akan tekejut jika juak-juak Najib termasuklah si Khalid Abu Bakar KPN Penipu tu akan menangkap dan menggari seekor beruk di Zoo Negara serta beruk itu diheret ke dalam Black Maria dan dibawa ke Bukit Aman serta dilokapkan untuk dituduh membuat 'pemalsuan' dokumen melibatkan 1MDB-Petrosaudi ini.

    Sebabnya Najib dah tak ada arah lagi, makin banyak terbongkar, malahan pecacainya pun dah mati kutu, mereka akan buat apa sahaja hatta perkara bodoh sekali pun untuk melengahkan masa.

    Tetapi kebenaran akan muncul jua akhirnya.

    Kepada Nek Tempoyak, kalau nak beri komen tu, biarlah komen yang munasabah dan menjawab isu yang sedang dibincang, bukannya mencarut tak tentu hala pula.

    Atuk Cincaluk

    ReplyDelete