Friday, July 24, 2015

JV 1MDB-PetroSaudi-Apa Kah Satu Skim Penipuan?

1. Pemilik dan Penerbit The Age Media Group Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat, mengaku telah memerangkap Xavier Andre Justo untuk melepaskan 400,000 e-mail yang dicuri daripada PetroSaudi.

2. Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat mengulas laporan The Straits Times Singapura yang menyatakan bahawa menurut Justo tidak mendapat bayaran USD2juta seperti mana dijanjikan.

3. Melalui pengakuan Justo tersebut, pemilik dan penerbit The Age, mengulangi kenyataan mereka sebelum ini, bahawa tiada sebarang bayaran terlibat bagi mendapatkan maklumat daripada Justo.

4. Tujuan mendapatkan maklumat daripada Justo menurut pemilik dan penerbit The Age, hanya semata-mata bertujuan untuk mendedahkan satu skim penipuan yang membabitkan syarikat Malaysia.

5. The Age mendakwa adalah satu tanggungjawab moral bagi mendedahkan penipuan yang berjumlah USD1.83bilion.

6. Oleh kerana maklumat yang diperolehi daripada Justo tersebut, sudah diserahkan kepada Bank Negara, PDRM dan SPRM, maka tertakluk kepada siasatan agensi tersebut, apa kah kandungan dokumen-dokumen tersebut palsu atau benar.

7. 1MDB kini dalam siasatan berbagai pihak termasuk Ketua Audit Negara dan PAC Dewan Rakyat.

8. 1MDB menjadi sorotan, kerana dikaitkan dengan Perdana Menteri.

9. Mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir menjadikan isu 1MDB sebagai asas untuk mendesak DS Najib meletakkan jawatan. Namun, PM tetap berdiri teguh pada jawatan beliau, dan tidak akan meletakkan jawatan.

2 comments:

  1. "There was no tampering because we immediately did a digital fingerprint of the hard disk that contained over 400,000 emails and documents and secured it. What is in the discs we have given Bank Negara Malaysia, the police and MACC this week is the exact copy as the one Justo passed to us and he has said he did not do any tampering."

    Kali ni MASAK la ko NAJIB!!!!

    ReplyDelete
  2. Laporan awal Audit Negara menyatakan tiada perkara yang meragukan dalam siasatan 1MDB. Pengerusi PAC pula menyatakan Najib x patut dipersalahkan dalam kes 1MDB tetapi sebaliknya CEO2 1MDB dan juruaudit swasta yg tidak memberi qualification terhadap kedudukan 1MDB.

    ReplyDelete