Monday, July 27, 2015

1MDB- Hanya Perdana Menteri Seorang Yang Tahu: TPM

1. Semalam semasa berucap pada Mesyuarat Umno Bahagian Cheras, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada sesiapa yang mengetahui berkaitan syarikat gergasi 1MDB, hanya Perdana Menteri seorang.

2. Menteri kewangan keduapun- Dato Ahmad Husni Hanadzlah, tidak mengetahui perjalanan syarikat tersebut, apatah lagi Dato Rahman Dahlan.

3. Pengakuan berterus terang Timbalan Perdana Menteri berkaitan 1MDB, sangat memperanjatkan semua pihak, walaupun sebelum salah seorang Menteri Kabinet- Dato Seri Mohd Shafie Apdal juga berkata dengan nada yang sama.

4. Benar, kabinet telah diberikan fact sheet berkaitan 1MDB, namun selok belok perjalanan syarikat tersebut tidak dijelaskan, sehingga boleh menjana hutang sehingga RM41.8bilion dalam tempoh masa enam tahun.

5. Muhyiddin mengakui terpaksa merujuk kepada Laporan The Age untuk mengetahui kedudukan 1MDB. Malangnya, ada juga anggota kabinet berkata, bahawa laporan tidak tepat dan megelirukan, namun anggota kabinet yang berkaitan juga tidak dapat memberi jawapan, mana satu fakta yang benar dan tepat.

6. Timbalan Perdana Menteri mengakui, bahawa pihak-pihak tertentu sedang menyiasat 1MDB, namun beliau mengingatkan kerajaan, agar dengan segera menyelesaikan isu 1MDB, kerana semakin berlarutan isu tersebut, semakin berimpak negatif kepada negara.

7. Negara tidak boleh bertahan selamanya, kerana selagi isu 1MDB tidak diselesaikan, ianya menekan perekonomian negara, sepertimana ditunjukkan melalui penurunan nilai riggit. Nilai ringgit telah jatuh ke paras terrendah dalam tempoh 16 tahun terhadap US Dollar. Pertukaran terkini 1USD=RM3.82.

8.1MDB semakin disoroti kerana dilaporkan sebahagian wang pinjaman syarikat gergasi tersebut telah dicuri pihak-pihak tertentu termasuk Jho Low, khususnya yang membabitkan JV antara 1MDB dan PetroSaudi International yang membabitkan wang 1MDB sebesar USD1.83bilion.

9. Isu 1MDB semakin rancak lagi, apabila dilaporkan bahawa sebahagian wang 1MDB telah dimasukan ke akaun peribadi Perdana Menteri. The Wall Street Journal melaporkan sejumlah USD700 milion atau RM2.6bilion telah dimasukkan ke akaun Perdana Menteri pada Mac 2013.

10.Ekoran laporan WSJ tersebut pada 2 Julai, TPM telah menghantar Teks kepada Perdana Menteri agar menjawab dakwaan tersebut, namun sehingga kini nasihat beliau tidak diindahkan.

11. Untuk pengetahuan umum, bahawa Perdana Menteri tidak pernah menafikan berkaitan wang RM2.6 bilion seperti mana laporan WSJ, juga tidak pernah menafikan atau mengiakan berkaitan kewujudan akaun di AmBank yang menerima wang tersebut.

6 comments:

  1. SEDAQlah sikit yg. puak PENDATANG PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH- no 1 - begitu galak tak habis-habis nak MENJATUHkan ISLAM; NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang berzaman kita ini; DYMM Kesultanan Islam/Melayu kita sbg. PENJAGA Islam dan kaum Bumiputera, HAK dan IDENTITI Bumiputera Islam/Melayu kita, IMDB/MARA/UMNO dll., YAB PM Islam/Melayu, DS Mohd. Najib Tun Razak kita serta isteri, DS Rosmah Mansor; dan LEGASI-amat-GEMILANG Ayahanda YAB PM, iaitu BAPA KEMERDEKAAN/BAPA PEMBANGUNAN BUMIPUTERA-no-1, Allahyarham YAB PM Tun Abdul Razak Hussein TERCINTA kita!!

    IMDB, MARA, TABUNG HAJI, FELDA, UMNO dan mana-mana insitusi-instusi/pemimipin yg. menjaga HAK dan KEBAJIKAN Bumiputera terutamanya Bumiputera Islam/Melayu memang mahu di JAHANAMkan PENGGANAS-PENGGANAS ANTI-BUMIPUTERA Islam/Melayu dari si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO ini yang termasuk puak PENGGANAS PEMISAH Sabah/Sarawak, iaitu si KULI/EJEN-rejim-rejim PENGGANAS Barat/NATO-ISrael/Zionis, yang memang nak MEMISAHkan Sabah/Sarawak yg- kaya minyak/gas, dari Malaysia dan diGABUNGkan dgn. SingaPORK-pusat-CIA-MI6/Mossad/NATO di Asia Tenggara - lihat di - http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009!

    Sebab itu kita mesti SELAMATkan PULAU PISANG kita yg. sungguh INDAH dan BESAR di JOHOR itu; dari diJAJAH sewenangnya SingaPORK-KEPARAT spt. Batu Puteh! Maka MENTERI PERTAHANAN, tolonglah CELIK dan TEGAS serta CEKAP sikit dlm. MEMPERTAHANkan KEDAULATAN NEGARA ISLAM kita ini!

    Nek Tempoyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. NENEK TEMPOYAK SI MANGKOK HAYUN
      MULUT LONGKANG BAU JAMBAN
      NENEK PUKIMAK KERJANYA MEMBALUN
      BAPOK PENYAMUN DAH TAKDER HARAPAN
      ...huhuhuhuhuhu!!!

      Delete
  2. Ingat tak PEMBUNUHAN KEJAM dlm peristiwa Memali tu - BUKA balik kes ni! Mungkin agaknya anak beranak PENGKHIANAT tu akan nak TUTUP mulut MEDIA!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NENEK NENEK SI BONGKOK BANGANG
      SIANG MALAM MEMAKI HAMUN
      NENEK PUKIMAK SI MULUT LONGKANG
      PENJILAT ABADI SI BAPOK PENYAMUN

      Delete
  3. Pengurusan 1MDB diuruskan oleh CEO2 bukan oleh Najib, bagaimana TSMY ni boleh kata hanya Najib seorang yang tahu fasal 1MDB ni? Nonsense. Yg sebetulnya Najib x de kena mengena dalam perjananan dan pengurusan 1MDB. Beliau hanya pengerusi. Yg bertanggungjawab dan yg tahu ialah CEO2 tu lah.

    ReplyDelete
  4. Menjana hutang rm42 bilion dijaja, kenapa menjana aset rm51 bilion x disebut? Ini tidak adil.

    ReplyDelete