Friday, June 26, 2015

Dudley International House: Dalang Dikenal Pasti

1. Pihak MARA sekurang-kurangnya sudah mengenal pasti dalang "jack up" harga pembelian Dudley International House di Timur Caufield, Melbourne oleh anak syarikat MARA- Mara Inc Sdn. Bhd. Namun, ianya perlu disiasat terperinci oleh pihak SPRM.

2. Dalam pekembangan yang sama Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa menyerahkan beberapa dokumen berkaitan pembelian hartanah di Melbourne, Australia oleh anak syarikatnya tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

3. Beliau yang hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 12.10 tengah hari, Jumaat untuk menyerahkan dokumen itu kepada Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mohd Jamidan Abdullah, bagi membantu siasatan kes tersebut.

4. Dalam kenyataan ringkas Annuar berkata pihaknya sudah mengenal pasti dalang di sebalik kes itu, 

5. Pembelian bangunan 5 tingkat tersebut menjadi isu apabila Akhbar Australia, The Age melaporkan seorang pegawai tinggi Mara, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah.

6. Menurut akhbar itu 'sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya' terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandar raya itu pada 2013.

7. Ketiga-tiga pegawai itu didakwa 'membida lebih tinggi' bagi bangunan itu dikenali 'Dudley International House', daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah di tanah air.

8. Dudley International House merupakan asrama pelajar, dibeli oleh Mara yang menyediakan biasiswa pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di luar negara.

9. Bangunan Dudley International House setinggi lima tingkat di subbandar East Caulfield menempatkan 115 pelajar Mara di Monash University.

1 comment:

  1. Tak habis-habis (disyaki) SABOTAJ, oleh PENGGANAS-PENGGANAS Barat/Zionis serta ejen-ejen tempatannya (kita tahu siapa) ke atas NEGARA ISLAM kita dan YAB PM Islam/Melayu kita ini – dr. MH370/17 (sampai MAS dah makin diKUASAI si Barat/Zionis), IMDB ni, Tabung Haji dan sekrg. MARA pula (sebab tu jgn. dok percaya si rejim Australia yg. sebenaqnya ANTI-Islam/Melayu; DALANG DUA MUKA tu yg. aku syak sengaja dah PERANGKAP MARA) – apalagi bila semua ni berkaitan KEPENTINGAN hak BUMIPUTERA Islam/Melayu kita!

    Dan tak ke GANJIL ni! ‘NGO‘ Bruno Manser Foundation, yg. asyik KACAU Sarawak, yg. disyaki EJEN Perisik Jerman/NATO-ISrael, juga berpusat di Basel (seolah tanah jajahan Jerman), Switzerland!

    Tolonglah KDN dan Kementerian Luar tu - buat siasatan CEKAP dan CEPAT - supaya dapat dibersihkan nama 1MDB serta YAB PM kita dan NEGARA ISLAM kita ni, dan juga diHARAMkan EJEN-EJEN Barat/Zionis yg. MENYAMAQ sbg. pelbagai jenis NGO-NGO termasuk NGO alam sekitar kononnya dll!

    Ini semua adalah disyaki, MO biasa si PENGGANAS-PENGGANAS ANTI-BUMIPUTERA Islam/Melayu. terutamanya PENGGANAS PEMISAH Sabah/Sarawak tempatan dan asing (iaitu si KULI-Barat/NATO-ISrael/Zionis yg. memang nak MEMISAHkan Sabah/Sarawak yg- kaya minyak/gas, dari Malaysia dan diGABUNGkan dgn. SingaPORK-pusat-CIA-MI6/Mossad/NATO di Asia Tenggara!) - lihat saja kebakaran BERLELUASA di kpg-kpg setinggan TEPI LAUT/SUNGAI yg. MAJORITI adalah disyaki BUMIPUTERA Islam/Melayu, di Sabah/Sarawak termasuk di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sampoerna Sandakan, Miri, Kuching dsbnya!!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete