Tuesday, May 06, 2014

Pujian Obama- Punya Maksud Tersirat

Luarbiasa pujian Barack Obama kepada Malaysia, sepertimana disampaikan oleh Dutanya di negara ini. Bagi AYT, janganlah kita tersiksma dengan pujian itu, ianya punya maksud tersirat yang sangat mendalam.

Amerika adalah Amerika. Semua jajaran dalam negara itu dikuasai Yahudi, bukan sahaja ekonominya akan tetapi pemimpin, ahli politik serta rangkaian keselamatannya.

Selepas 48 tahun, baru berulang lawatan seorang Presiden Amerika di negara ini. Sebuah negara besar seperti Amerika, tidak akan melakukan itu, jika tiada maksud tertentu. 

Sebenarnya lawatan Obama direncanakan pada Oktober lalu, namun ianya ditangguhkan. Masa itu, tiada peristiwa yang pelik berlaku dalam negara ini, kecuali tindakan Anwar dan konco-konconya membantah keputusan PRU-13.

Kini, dua peristiwa berlaku di Malaysia pertama dijatuhinya hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar Ibrahim pada 7 Mac dan beberapa jam kemudian, pesawat Penerbangan Malaysia B777-200ER MH370 hilang misteri sehingga kini.

Malaysia kini sedang diulit perubahan kadang menyeramkan, kadang mengembirakan. Ujian kehilangan MH370, merupakan satu ujian? atau satu kesilapan atau satu kelemahan? 

Pada saat Malaysia berdepan dengan semua itu Obama datang melawat. Ada yang mengaitkan lawatan itu dengan Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA); dimana Malaysia belum menandatanginya, namun dikatakan akan dimuktamadkan sebelum berakhirnya kepresiden Obama.

Melalui TPPA, membuka ruang dua hala, barangan Amerika bebas masuk di negara ini, demikian juga barangan Malaysia bebas masuk di negara itu.

Persoalannya, apa kelebihan barangan kita memasuki negara itu? sedangkan rakyat negara inipun belum yakin dengan keluaran negara ini.

Berasaskan keadaan, ia mungkin di masa depan, keadaan itu akan tetap berlaku seperti senario di atas, sebab apa? negara kita tidak mempunyai "comparative advantage" berbanding negara Paman Sam itu.

Amerika punya maksud tersirat dalam TPPA, bukan kerana atas nama Malaysia, akan tetapi negara itu sebenarnya menghalang penguasaan China. Barangan China telah menjangkau banyak negara, malahan negara itu nombor dua kuasa perdagangan, mengambil alih kedudukan Jepun. Ini lah yang sebenarnya dikhuatiri Amerika. Sedikit masa lagi, China akan menguasai perdagangan antarabangsa, ini yang sebenarnya menyebabkan Obama terpaksa melawat Malaysia, selepas 48 tahun, tiada presiden negara itu pernah berhasrat melawat negara ini; termasuklah di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir selama 22 tahun.

Amerika mahu mempergunakan negara ini sebagai pintu masuk barangan Amerika, dan apabila itu berlaku, maka barangan keluaran negara itu yang menyerupai barangan tempatan yang belum dipatenkan, akan mengalami ancaman gulung tikar, atas sebab Amerika boleh sahaja menyaman sesuatu syarikat yang mengeluarkan barangan menyerupai barangan Amerika. Ertinya, negara ini terpaksa menghadkan produknya, atas sebab apa? apa daya kita bersaing dengan Amerika? dalam segi R&D pun negara ini sangat jauh ketinggalan.

Berbalik kepada kehilangan MH370- mungkin sahaja anggapan penulis salah; namun tindakan itu adalah salah satu cara memburukkan hubungan antara Malaysia dan China. Kita dapat menyaksikan bagaimana media yang dikawal negara itu seperti CNN, bagaimana media antarabangsa itu mengapi-apikan keluarga penumpang daripada negara itu. Media antarabangsa yang ada kaitan dengan negara itu, saban hari menyiarkan, berbagai tuduhan terhadap Malaysia; tujuannya agar rakyat China benci kepada negara ini.

Dalam pesawat MH370, dikatakan ada penumpang warga China yang berstatus billionaire dan juga ada barang milik China yang dikatakan sangat sensitif dalam pesawat itu; walaupun ianya tidak pernah diakui, dan tidak terdapat dalam manifest pesawat malang itu.

Kehilangan pesawat MH370, belum dikatakan sebagai konspirasi, namun keadaan kehilangan pesawat itu mendekati teori itu. Amerika sanggup bertindak apa sahaja demi kepentingannya, lihat sahaja bagaimana negara itu berkonspirasi menghilangkan mercu tanda negara itu Twin Towers melalui tindakan September Eleven tahun 2001 dizaman bapa George bush.

1 comment: