Kata peribahasa, kalau tak dipecahkan royong manakan dapat sagunya. Demikian juga melihat perjuangan Ahmad Said, apa kah ikhlas kepada bangsa, agama dan negara serta parti atau perjuangan mengisi temboloknya sendiri.
Ahmad Said, dapat menjadi Menteri Besar Terengganu, kerana mengertak, menghancam, Pak Lah; ekoran keengganan Istana melantik Idris Jusoh untuk penggal ke dua selepas PRU-2008. Walaupun, Pak Lah dan ADUN BN Terengganu kecuali Ahmad, menyokong Idris untuk dilantik, namun Ahmad Said, mempergunakan sokongan beberapa ketua bahagian Umno yang digugur pada PRU itu untuk mengertak Pak Lah. Ekoran "shock" dengan keputusan PRU-12, untuk pertama kalinya BN kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat selepas tahun 1969, juga masih "shock" dengan kehilangan Selangor, Kedah Pulau Pinang serta Perak, selain gagal mutlak di Kelantan, Pak Lah tidak sanggup mengambil risko, apatah lagi, Ahamd menghancam akan membawa keluar beberapa ADUN daripada BN untuk membolehkan "hang" dewan undangan negeri atau, BN kehilangan majoriti, untuk memboleh pertukaran kerajaan atau pembubaran DUN.
Pada kali ini, Ahmad membuat langkah, untuk menikam parti yang memberi sumbangan banyak secara peribadi kepadanya, dengan mengistiharkan keluar Umno dan menjadi ADUN Bebas, kemudian diikuti dua ADUN lain, walaupun sebentar tadi seorang ADUN yang menyertai Ahmad- ADUN Bukit Besi Roslee Daud menarik balik surat perletakan jawatannya daripada Umno. Dengan perkembangan terbaru itu, kini kedudukan DUN Terengganu, BN=15, PAS=14, PKR=1 dan Bebas=2, namun disebabkan speaker juga merupakan sebahagian daripada DUN, maka kedudukan kerusi berasas undang-undang tubuh kerajaan Terengganu adalah BN=16, PAS, PKR dan bebas tidak berubah.
Dengan perkembangan terbaru ini, walaupun BN masih memerintah, namun ianya boleh tumbang bila-bila masa, apabila berlaku undi tidak percaya kepada MB yang baru dilantik, kerana jika berlaku belah bahagi dalam DUN, sudah pasti Ahmad Said dan Ghazali Taib ADUN Ajil akan bersama 15 ADUN daripada PAS dan PKR. Jika ini berlaku, maka secara MB tiada pilihan selain menasihati Sultan untuk membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada pilihanraya negeri.
Berdepan dengan krisis Terengganu, sebenarnya tindakan Perdana Menteri adalah betul, agar supaya kemelut yang melanda Umno sejak tahun 2008 dapat dirungkai dan diselesaikan, kerana kemelut yang berlaku itulah yang hampir membawa malapetaka kepada BN Terengganu pada PRU-13 lalu. Kini, musang dalam reban ayam, gunting dalam lipatan telah diketahui. Adalah lebih baik Najib meminta MB yang baru dilantik untuk menghadap Sultan untuk bagi maksud membubarkan DUN Terengganu.
Terserah kepada rakyat Terengganu, parti mana yang mereka mahu, lagipun pada PRN itu tidak membawa kesan kepada pentadbiran Putrajaya, atas sebab kerusi Parlimen tidak dipertandingkan. Selepas PRN itu, apapun keputusannya, hantarlah seorang pemimpin seperti mana berlaku selepas PRU 1999, di mana Idris Jusoh mengemudi Umno dan BN Terengganu, dan pada PRU-2004, BN berjaya menterbalikan keputusan PRU-1999 dengan kedudukan BN=18, PAS=4, manakala PRU-1999 PAS=18; BN=4
Namun, jika BN menang semula pada PRN Negeri, maka lantiklah MB yang berwibawa untuk mengemudi BN negeri pada PRU-14; yang dianggap sebagai BAPA KEPADA SEMUA PRU DI NEGARA INI.
Berapa kali kenduri kahwin anak mung mat said? aritu dah buat kat TTI. Sultan pun datang. Ni nak buat kat Kijal pulak. Lepas ni berapa kali kenduri lagi. Lagi tunggu lagi teruklah kau ganyang YB Razif. Sebelum ni pun puak2 mu bukan main lagi ganyang dia. Siap ada puisi, blog fitnah dan mcm2 lagi. Pegi setel masalah peribadi nu dulu.
ReplyDeleteYang dipertikaikan bukannya penggantian.
ReplyDeleteYang dipertikaikan cara penggantian dan perlantikan yg dibuat secara tergesa-gesa.
Yang dipertikaikan bukan soal kebodohan md said tetapi soal bahalolnya si najib sehingga polituk terengganu bergolak.
Umno terengganu begitu mudah diperkotak katikan oleh tangan ghaib sehingga penat lelah mereka untuk menang di terengganu di pru13 lalu begitu mudah akan terlepas kepada pas.
Yang dipertikaikan bukan soal md said gila kuasa dan jawatan untuk tidak melepaskan tetapi yg dipersoalkan ialah kerakusan kuasa yang tidak sabar2 untuk merampasnya dari md said tanpa pertimbangan dan budibicara bijaksana.