Monday, May 05, 2014

Isu Hudud Pas: Lim Kit Siang Bayangkan Pakatan Rakyat Berpecah

Isu Hudud yang bakal dibentang Pas secara sendirian di Parlimen Jun depan, bukan sahaja mengancam perpecahan dalam Barisan Nasional, juga mengancam perpecahan dalam Pakatan Rakyat Sendiri.
Bagi BN, hanya parti Umno yang POSITIF terhadap usul itu, manakala 12 komponen parti yang menjadikan Parti BN, akan juga terancam. Parti PBB, PBS, MCA, Gerakan, MIC, LDP adalah antara komponen BN yang menentang usul itu. Manakala parti dalam Pakatan Rakyat DAP merupakan penghalang utama, sementara Parti PKR, masih berbelah bahagi, Anwar bermain politik, dengan mengatakan perlu waktu untuk membincangkannya. Suara lantang DAP diwakili Lim Kit Siang, selepas singa parti itu, Karpal Singh tidak bersama parti itu lagi, kerana terlibat kemalangan maut baru-baru ini. 

Lim Kit Siang membayangkan bahawa PR hanya mengalami seperi Barisan Alternatif yang diwujudkan tahun 2004, berpecah, akan tetapi bergabung semula tahun 2008, menerusi ikatan longgar yang disebut Pakatan. Melalui ikatan longgar antara DAP-PKR-PAS, maka untuk PRU, parti-parti itu untuk pertama kali mendapat kerusi parlimen yang menidakkan kuasa 2/3 BN di Dewan Rakyat; malah parti-parti itu mampu membentuk kerajaan di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan mempertahankan Kelantan pada PRU-12; pada PRU-13, meskipun gagal mempertahankan Kedah, dan gagal merampas semula Perak, namun perolehan jumlah kerusi Parlimen bertambah daripada 82 kepada 89.

No comments:

Post a Comment