Tahun 1993, DUN Kelantan meluluskan Hudud; namun hingga kini belum terlaksana, atas sebab ianya bercanggah dengan perlembangaan negara.
Walaupun Undang-undang Syariah Islam itu diluluskan diperingkat DUN, akan tetapi ianya secara automatik akan terbatal, kalau Dewan Rakyat tidak meluluskannya. Itulah fakta perundangan dalam negara.
Kini, Isu Hudud kembali lagi; apabila Parti Pas bercadang mengemukakan usul di Parlimen secara bersendirian. Untuk menjadikan usul itu diluluskan di Dewan Rakyat, sokongan 112 wakil rakyat diperlukan. Pas hanya ada 21 wakil di Dewan Rakyat, PKR 30 dan DAP 38; jika kesemua wakil rakyat Pakatan Rakyat menyokong usul itu, maka memerlukan sokongan tambahan daripada parti komponen BN, sekurang-kurangnya 23 ahli Parlimen.
DAP awal-awal lagi menolak cadangan itu, namun tidak pasti apakah ianya hanya sandiwara. Demikian juga PKR menolak usul itu, sekali lagi besar kemungkinan ianya juga sandiwara.
Ada yang mengakatakan, bahawa jika PAS meneruskan rancangan itu, maka akan menimbulkan kekecohan dalam negara; sebenarnya jika situasi itu berlaku, maka itulah yang diinginkan Anwar Ibrahim.
AYT sangat yakin, PAS tidak akan berani bertindak melakukan usul Hudud di Dewan Rakyat, jika tidak mendapat restu Anwar.
Dakwaan Lim Kit Siang bahawa Pakatan Rakyat akan berpecah mengikut apa yang berlaku pada Barisan Alternatif yang dianggotai DAP-PAS-PKR pada PRU-2004 bagi berdepan BN pada PRU itu berakhir apabila tiga parti itu kalah teruk. DAP menyimpulkan kekalahan calon-calon DAP pada PRU itu disebabkan perjuangan PAS yang mahu mengwujudkan Undang-Undang Syariah di negara ini.
Pada kali ini, PAS mengubah tune, Hudud hanya dilaksanakan di Kelantan, bukannya di seluruh negara, sekalipun Pakatan Rakyat berjaya mentabir negara ini. Jika itu berlaku, maka akan wujud dua undang-undang dalam satu negara yang berdaulat. Kalaulah pemerintah Malaysia berani, maka perlu menjadikan Kelantan sebagai negeri Khas atau istimewa, seperti mana yang dilakukan oleh Indonesia bagi DI Yogyakarta dan DI Aceh; meskipun kekal dalam wilayah Indonesia, namun dua propensi itu mentadbir wilayahnya sendiri mengikut acuannya sendiri.
Sebenarnya isu hudud yang akan dibentangkan PAS, walaupun menurut Kit Siang akan menghancurkan PR, namun ianya tidak bakal akan terjadi; atas sebab, para pemimpin tiga parti itu tidak akan sanggup melepaskan peluang, bahawa kononnya pada PRU-14 mereka akan mampu menumbangkan Bn dan seterusnya menubuhkan kerajaan Persekutuan. Sebaliknya, isu hudud itu yang di bawa Pas itu, akan mengancam kerukunan/keutuhan BN, memandangkan hanya Umno sahaja yang positif terhadap cadangan pas itu, manakala 12 parti komponen lain menentangnya.
Rata-rata parti komponen BN selain Umno, menyatakan islam sebagai agama persekutuan memadai, bukannya hukum hudud perlu dilaksanakan. Adalah terlalu sukar mengurus negara dengan dua sistem perundangan, setidak-tidaknya itulah pendirin 12 parti komponen BN.
Sebenarnya, harapan para pemimpin Bn, jika Pas meneruskan cadangan membentang Hudud di Dewan Rakyat agar PR berpecah; jika itu berlaku, maka semakin mudah bagi Bn mempertahankan kerajaan Persekutuan. Tapi perlu diingat, Anwar adalah pakar dalam mengharu birukan negara, Anwar mempunyai matalamat untuk menjadi Perdana Menteri; tidak kesah cara yang bagai mana, janji dapat jawatan itu.

Elok lah Kelantan keluar dari Malaysia...maka boleh lah guru guru dari kelantan yg PRO Pas balik ngajar kat kampung masing2....dan gaji pula di bayor oleh kerajaan kelantan....hehehehehh !! nak tengooookkkkkkkk mana pi.
ReplyDeleteUMNO sudah cukup bijak dan tidak mudah terperangkap sekiranya isu hudud ini didalangi oleh anwar. kebijaksanaan anwar tidak mampu mencapai tahap untuk mencetuskan idea undang-undang persendirian bagi melaksanakan hudud. idea ini dicetuskan oleh sekumpulan peguam Islam yang terdiri daripada ahli pas dan penyokong umno. sejak 2008 idea ini telah diketengahkan tetapi pucuk pimpinan negeri kelantan dan kedah ketika itu tidak memberi respon yang positif. hanya setelah mb kelantan bertukar, barulah idea ini diberi perhatian dan digerakkan langkah untuk memenuhinya, andaian penglibatan anwar tidak lain merupakan imaginasi semata-mata.
ReplyDelete