Friday, March 07, 2014

Sodomi II: Anwar Didapati Bersalah

Mahkamah Rayuan sebulat suara memutuskan Anwar bersalah sodomi II. Keputusan Mahkamah yang diketuai Hakim Balia Yusof Wahi membaca keputusan itu di Putrajaya sebentar tadi.

Hakim Mahkamah rayuan yang diketuai Hakim Balia Yusof duduk bersama Hakim Aziah Ali dan Hakim Mohd Zawawi Salleh, membuat keputusan sebulat suara.

Sebahagian keputusan tiga hakim itu, antara lain mendapat Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Zabidin Md Diah terkhilaf berkaitan dengan integriti sampel bukti. Tiada sebab mengapa Hakim mahkamah tinggi itu lari daripada keputusan awalnya memanggil Anwar membela diri.

No comments:

Post a Comment