Mustahil, dalam 60 jam, dengan peralatan canggih, pesawat sebesar jet B777-200ER tidak dapat dikesan. Operasi mencari dengan 40 kapal laut dan 34 pesawat dengan peralatan mengesan yang canggih, masih gagal mengesan MH370.
Kalau pesawat terhempas, pasti ada bangkai atau seriphan. Kalau pesawat meletup di udara, pasti ada imej daripada satelite. Kalau pesawat dirampas, pasti ada permintaan. Namun kalau pesawat terurai di udara juga akan ditemui kepingan pesawat.
Apapun yang berlaku pada pesawat itu, jika mengalami kemalangan, sudah tentunya dapat dikesan oleh pasukan pencari dan penyelamat. Namun sehingga kini, pasukan SAR masih gagal.
Teori yang mungkin tidak masuk akal, memandangkan tempoh sudah lebih 60 jam, pesawat itu diketahui oleh pihak2 tertentu yang berkepentingan, maka pada suatu masa, apabila kerajaan Malaysia pasrah, maka pihak tertentu akan muncul sebagai hero atas sebab mampu mengesan pesawat malang itu. Karena kejadian itu, maka Malaysia akan terhutang budi selamanya.
Kejadian hilangnya MH370 secara misteri sejak 2.40 pagi Sabtu, kini ada pihak tertentu menuding jari pada pihak kerajaan Malaysia, terutama bagaimana terlepasnya pengguna passport curi yang menaiki pesawat itu. Selain itu, tindakan kerajaan yang membiarkan pengurusan mas selama 5 jam terpingah-pingah tidak tahu berbuat apa, kecuali berhubung dengan negara2 yang mempuyai menara kawalan yang dilalui pesawat itu untuk bertanya, samaada pesawat ada check in semasa memasuki ruang udaranya.
Pesawat dikatakan hilang pada radar pada jam 2.40 pagi, manakala ada juga menyatakan telah putus hubungan pada 1.30 pagi, selepas lepas landas pada 12.41 pagi. Pihak Mas hanya membuat pengumuman berkaitan hilangnya pesawat itu pada 7.25 pagi selepas jadual yang sepatutnya pesawat itu mendarat iaitu 6.30 pagi, apabila benar-benar pesawat itu tidak pernah sampai.
Semasa pesawat itu lepas landas, cuaca sungguh baik. Radar menunjukkan pesawat terbang pada kelajuan biasa, semasa sedang naik pada ketinggian 35,000, 120 batu nautika di timur kota Baharu, Kelantan, pesawat dengan tiba-tiba hilang daripada radar menara kawalan negara. Sebelum itu, pihak penguasa Vietnam tidak pasti apa kah pesawat itu sudah memasuki ruang udaranya, kerana pesawat tidak check in, untuk itu pihak penguasa Vietnam menghubungi pesawat yang berada di wilayahnya meminta agar menghubungi pesawat malang itu, untuk memastikan posisi. Menurut juruterbang pesawat yang berpangkalan di Narita jepun, beliau berjaya menghubungi pesawat malang itu menggunakan gelombang kecemasan pada kira-kira 1.30 pagi. Juruterbang itu, menggambarkan bahawa keadaan di kokpit pesawat malang itu sungguh bising, dan percakapan co-pilot tidak jelas, sebelum komunikasi terputus.
Apa kah kehilangan pesawat MH370 akan menjadi isu konspirasi terbesar abad ini? Sebenarnya, tiada siapa yang sanggup mempermainkan nyawa manusia, apatah lagi pesawat itu membawa 239 penumpang termasuk seorang bayi dan dua kanak-kanak.
Melalui hilangnya MH370 secara misteri, telah menguji peralatan canggih negara dalam misi mengesan, apakah memenuhi keperluan masa kini, atau sudah ketinggalan zaman. Memandangkan tempoh masa 60 jam sudah terlampui, tidak syak lagi, peralatan mengesan negara, nampaknya tidak berfungsi seperti mana yang diperlukan. Melihat keadaan ini, mungkin ada negara akan muncul sebagai hero!!!! sama-sama kita tunggu.
Bagi yang beriman, maka wajib kita menerima segala qada dan qadar Allah yang Maha Esa. Sebagai hambaNya kita wajib insaf betapa lemah dan serba kekurangan diri manusia di muka bumi ini. Yang kita semua boleh lakukan adalah berusaha bersungguh2 dan istiqamah sambil sentiasa bermunajat kepada Allah yang Maha Agung. Percayalah walau dalam keadaan genting dan ramai yang risau tentang campurtangan pihak asing ke dalam perjalanan tadbir urus Negara Malaysia ini. Sebagai rakyat yang beriman kita harus berserah kepada Allah yang Maha Melindungi. Pasti kita akan terus selamat, kerana kita ikhlas berusaha dan ikhlas juga menerima pertolongan daripada semua pihak, tidak kira FBI atau mana pun.
ReplyDeleteAmbil tong milo tolong isi air didalam bawa pada lembu2 PAS mungkin mereka akan nampak kut pesawat tu kat mana!!!
ReplyDeleteBro! Balya Ibni Malkan atau Nabi Allah Khidir tidak diwafatkan...PENGUASA LAUTAN dan DARATAN...telus pada perkara yg dah berlaku sebelum dan selepas...LADUNI...Baginda tau sapa dalang dibelakang kehilangan Mh370 tu...bagind sdng menceritakan per tu pada Nabi Elyasa skarng nie...termasuk jugk sedang memerhatikan anda!!!
DeleteImam Mahadi akan dibaitkan selepas 2/3 bumi musnah...pengiraan dibuat berdasarkan kemusnahan 2/3 bumi US akibat ledakkan YELLOWSTONE SUPERVOLCANO. 2/3 pulau pulau Indonesia binasa akibat Lingkaran Api Pasifik/Ring of fire meletup, ancaman thunami, letupan lebih dari 200 gunung berapi Aktif dab karam akibat kecairan khutub. 2/3 bumi Malaysia musnah akibat kesan dari segala jenis bencana di Indon. 2/3 mana mana muka bumi yg berada dlm Pacific ring fire binasa...munculnya planet Nibiru...mengikut kjian geologi semua peristiwa tsb bkl berlaku seawal sebelum 2030!!! JADI BIARKAN APA JE BENTUK KONSPIRASI YG DIRANCANG OLEH MANUSIA TU BERLAKU DULU...BIARKANLAH SI LUNCAI TERJUN DENGAN MH370 NYA DULU. LET'S IT JUST BE BRO!
ReplyDelete