Sunday, March 23, 2014

MH370: Masuk Hari Ke-16- Masih Misteri

Pasukan pencari dan penyelamat MH370 telah memasuki hari ke-16, selepas hilang misteri pada 8 Mac lalu.

Pesawat malang itu berlepas pada 12.41 pagi Sabtu 8 Mac laluan Kuala Lumpur Beijing, dan sepatutnya mendarat pada 6.30 pagi di destinasi terakhirnya, namun selepas 16 hari tidak sampai-sampai.

Pasukan pencari dan penyelamat, kini tertumpu 1,500 batu di barat laut Perth, Australia, satu kawasan terpencil mendekati kutub Selatan, Antartika.

Penumpuan ke kawasan itu, selepas imej satellite, berjaya mengesan beberapa objek berukuran besar, menyerupai seripahan pesawat seperti B777-200ER MH370.

Walaupun masuk hari ke-4 konsentrasi pencarian di kawasan itu, namun sehingga kini, belum ada tanda menemukan sebarang clue yang ada kaitan dengan pesawat malang itu.

MH370 yang berlepas pada awal pagi Sabtu membawa bersama 239 penumpang bersama krew, termasuk Pilot Kapten Zaharie Ahmad Shah dan co-pilot Fariq Abdul Hamid.

Atas sebab kehilangan misteri pesawat itu, banyak teori menyelubunginya, termasuk mengaitkannya dengan tindakan juruterbang atau pembantu juru terbang.

Selagi kotak hitam pesawat itu tidak ditemui, maka selagi itu misteri menyelubungi kehilangan pesawat itu. Menemui kotak hitam masih merupakan khayalan, atas sebab bangkai atau seriphanpun, belum ada tanda-tanda ditemui.

Kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (Mas) B777-200ER MH370, menjadi satu krisis penerbangan abad ini; selain itu, pengelibatan banyak negara dalam operasi mencari dan menyelamat termasuk penggunaan teknologi canggih merupakan satu rekod operasi mencari dan menyelamat.

Keupayaan Malaysia, menghimpun berbagai negara untuk menyertai operasi SAR pesawat malang MH370, menunjukkan bagaimana hubungan negara ini dengan negara-negara yang terlibat.

Bukan mudah mencari di liputan yang dipercayai boleh menemukan seripahan pesawat malang itu. Lautan Hindi, adalah lautan yang mempunyai kedalaman sehingga 4 kilometer, malah di sebahagian tempat lebih dalam daripada itu. Kedalaman lautan itu, sebenarnya lebih dalam berbanding lautan Atlantik, di mana pesawat France Airline 447 terjunam pada tahun 2009. Selepas 2 tahun, barulah dijumpai kotak hitam pesawat itu, dengan bantuan unman submarine.

Walaupun tumpuan pencarian di kawasan lautan hindi, lebih sesuai disebut menghampiri kutub selatan, tidak menjamin, akan menemui bangkai/serpihan pesawat itu di kawasan itu.

No comments:

Post a Comment