Tuesday, March 11, 2014

MH370: Apa Kah Akan Jadi Tebusan?

PESAWAT B777-200ER MH370. Kehilangannya sudah masuk hari ke tiga. Dan hingga kini masih misteri. Tiada isu berkaitan penyelenggaran atau mekanikal, atas sebab pesawat itu baru sahaja diselenggarakan pada 23 Februari, 12 hari sebelum penerbangan 8 Mac. Jadual penyelenggaran berikutnya pada 9 Jun 2014.

Pesawat malang itu memasuki perkhidmatan penerbangan malaysia pada tahun 2002 dan mempunyai rekod 53,465.21 jam terbang bersamaan 7,525 penerbangan.

Semua pesawat MAS dilengkapi Communications Addressing and Reporting System (ACARS) yang menghantar data secara automatik. 
MH370 yang berlepas daripada KLIA pada 12.41 pagi sabtu dengan 239 penumpang termasuk 12 krew  hilang daripada radar kawalan pada pukul 2.40 pagi.  Pesawat itu dijadual mendarat pada pukul 6.30 pagi di lapangan terbang beijing, destinasi terakhirnya.

Selepas memasuki hari ke tiga, tiada tanda-tanda di mana pesawat itu. Hanya teori mengatakan bahawa pesawat itu mungkin hilang kerana tindakan pengganas, memandangkan ada dua penumpang warga iran yang menggunakan passport palsu. Jika sekiranya pesawat itu terhempas kerana bom, atau meletup di udara kerana bahan letupan, sudah tentu, bangkai atau seriphan pesawat dapat di kesan oleh pasukan mencari dan penyelamat yang menggunakan pesawat, satellite dan pesawat canggih, samada di darat atau laut. Namun, hingga kini belum ada tanda-tanda di mana lokasi pesawat itu.

Satu teori yang remeh. Pesawat itu menjadi tebusan. Ada pihak tertentu menyembunyikannya. Pihak berprofile tinggi juga mengetahuinya, namun tidak mendedahkan maklmuat, memandangkan keadaan yang menyelubungi kehilangan pesawat itu. Jika didedahkan sekarang, sudah tentu kemaarahan luar biasa akan berlaku. Selepas team SAR menghentikan operasi, mungkin teori ini akan berbangkit.

Dengan 239 penumpang dengan sebuah pesawat yang berharga setengah bilion ringgit, sudah tentu nilai yang besar. Jika seorang penumpang diberi tag USD10 milion, tekan sahaja kalkultor berapa banyak wang yang terlibat. Teori ini, disampaikan oleh seorang kawan yang gemar mengikuti kejadian-kejadian misteri, seperti kehilangan pesawat MH370 ini.

No comments:

Post a Comment