Friday, February 21, 2014

PRK Kajang: Pemenang Ditentukan Perang Siber

Kalau BN menghandalkan media perdana seperti TV3 atau RTM, ianya tidak akan mampu mempengaruhi pengundi Kajang. Sebabnya, kecenderungan pengundi di kawasan itu, lebih menyukai laporan, atau maklumat melalui talian.

Kajian UM mengiyakan, bahawa pengundi Kajang lebih mempercahayai maklumat dalam talian berbanding maklumat daripada media arus perdana.

Pembangkang melalui Calonnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah mengarahkan jentera Pakatan Rakyat melancarkan laman khusus untuk PRK Kajang. Dan bagi BN, belum terdengar lagi, apakah  pihak medianya  juga turut melancarkan web PRK Kajang.

Melalui PRK Kajang, akan disaksikan perang siber yang luar biasa antara ke dua belah pihak, jika Bn juga turut serta.

Kaedah lama, seperti ceramah atau kunjungan rumah ke rumah seperti mana diamalkan Bn, perlu ditunjangi dengan perang siber. Jentera Bn, perlu peka pada sebarang isu, dan siap sedia memberi penjelasan dan jawaban. Jawaban pada soalan spontan adalah perlu bagi PRK Kajang ini. Akan tetapi, jangan lah jawapan yang diberikan seperti jawatan menteri-menteri tertentu yang pernah berlaku sebelum ini.

No comments:

Post a Comment