Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Dr Salleh Tun Said mencadangkan agar Bn jangan terperangkap dengan main Anwar di PRK Kajang. Melalui entri terbarunya melalui www.sskeruak.blogspot.com dengan tajuk Elok Bn Jangan Tanding di Kajang, Bn seharusnya jangan terperangkap dengan sandiwara Anwar, yang mempergunakan semua cara untuk mencapai hasratnya.
Menurut Salleh "Umum mengetahui bahawa Pakatan Rakyat dan PKR adalah Anwar Ibrahim dan
Anwar Ibrahim adalah Pakatan Rakyat dan PKR. Sebab itu, wakil rakyat
Kajang, Lee Chin Cheh, tidak ada pilihan kecuali tunduk pada arahan
untuk mengosongkan kerusinya apabila diminta oleh Anwar."
Bagus juga idea tu, mengaku kalah kerana memang tiada kekuatan di Kajang.
ReplyDelete