Thursday, February 27, 2014

Musa Patut Saman Rafizi Ramli Kerana Memfitnah

Michael Chia atau Chia Thien Foh didapati bersalah kerana menipu. Chia bukan seorang pegawai kerajaan atau bukan ahli politik yang boleh mempergunakan jawatan untuk disalah gunakan. Kesalahan Chia adalah kes menipu. Chia didakwa Seksyen 420 dibaca bersama-sama Seksyen 511 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Semalam Hakim Mahkamah Sesyen Sandakan Elsie Primus menjatuh hukuman satu tahun penjara dan satu sebatan kerana menipu Datuk Agus Hassan seorang Penguasaha Balak sejumlah RM2.5 juta 10 tahun lalu , kononnya wang itu untuk sumbangan kepada Parti Umno, sedangkan ianya tidak benar.

Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli yang juga MP Pandan dalam siaran FMT disini menganalogkan,bahawa dengan didapati bersalahnya MC, maka beliau mengesa SPRM menyiasat Musa, ekoran isu RM40 juta yang ditahan di Hongkong pada tahun 2008. SPRM sebelum ini pada tahun 2012 telah menafikan, bahawa MC tidak pernah ditahan di Hongkong berkaitan wang RM40juta.

Wang RM40 juta adalah sumbangan kepada Umno Sabah, semua transkasi mengenainya direkod oleh parti itu, dan ianya tiada kaitan dengan Musa sebagai individu.

Musa dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003 bagi menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat dalam sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah. Sistem yang diperkenalkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir itu, akhirnya dimansukan atas permintaan komponen parti Sabah.

Musa adalah Ketua Menteri Sabah yang memecah jinx 9 tahun sebagai Ketua Menteri, kerana sebelum ini, semua Ketua Menteri Sabah hanya bertahan 9 tahun, kecuali pada masa sistem penggiliran Ketua Menteri.

Musa semasa pemerintahannya telah mencapai berbagai rekod, selain dalam politik juga pencapaian perekonomian negeri dan pembangunan.

Sejak tahun 2004, Musa mengetuai PRU Sabah dengan kemenangan lebih 2/3 di dewan undangan negeri, selain penyumbang kerusi MP kepada BN.

Sejak tahun 2008, selepas sahaja PRK Pematang Pauh, Pulau Pinang, pihak pembangkang terutama daripada PKR mencuba memimplikasi Musa dengan isu RM40 juta, sumbangan para individu kepada Umno Sabah; namun mereka tidak pernah berjaya, kerana wang itu adalah milik Umno Sabah.

AYT merasakan, sudah sampai masanya Musa menyaman Rafizi sebagai pengakhir kepada dakwaan mereka.
dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan. - See more at: http://www.fmtborneoplus.com/category/nation/2014/02/27/michael-chia-dipenjara-setahun-dan-satu-sebatan-rotan/#sthash.OSnPNeJT.dpuf

1 comment:

  1. Bagus juga suruh Musa kemukakan saman, itupun kalau dia berani. Tak fasal2 ada perkara yg hendak disembunyikan, bakal terdedah. Orang nak elak perkara dari diketahui umum, disuruh pula buka mulut? Baru minta suruh siasat sahaja dirasakan sebagai menuduh, termakan cilikah?

    ReplyDelete