Datuk Suhaimi Ibrahim yang juga bekas setiausaha politik kepada bekas menteri Kabinet Datuk Sharizat Abdul Jalil, ditahan SPRM pada Jumaat, dan dibebaskan hari ini dengan ikat jamin RM100,000.
Beliau ditahan untuk membantu SPRM berhubung penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.
SPRM turut merampas 10 kenderaan mewah milik bekas setiausahah politik itu. Kenderaan itu termasuk Toyota Alphard, Golf GTI, Toyota Vellfire dan Camry yang kini diletakkan di Bangunan SPRM, Putrajaya.
Menurut Timbalan Pengarah SPRM Datuk Shukri Abdul, Suhaimi ditangkap untuk membantu siasatan, dan belum didakwa lagi.
Suhaimi yang juga merupakan bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta, Pahang dibawa dari bangunan SPRM dengan tangan bergari ke kompleks mahkamah di Putrajaya.
Baru-baru ini beliau mengumumkan akan bertanding Ahli Majlis Tertinggi parti pada 19 Oktober.
No comments:
Post a Comment