Sunday, September 15, 2013

Sempena 50 Tahun Usia Negara: Carilah Persamaan Antara Kita: Musa

DENGAN 40 etnik dan berbagai fahaman agama, sudah tentu, banyak ragam perbezaan antara rakyat. Namun itu semua bukan satu kelemahan atau kekangan, tetapi semua itu merupa sebagai suatu kelebihan yang patut kita raihkan.

Carilah persamaan antara kita, kerana persamaan itu, membolehkan kita maju ke hadapan, untuk membangun negeri, sekalgus rakyatnya.

Setidak-tidaknya itulah harapan Ketua Menteri Sabah- Datuk Musa Aman semepena menyambut Perayaan setengah abad kewujudan negara.

Sabah yang merdeka pada 31 Ogos 1963 daripada British, bergabung dengan Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Walaupun merayakan Hari Pembentukan negara, hanya berlaku mulai tahun 2010, namun kita tidak perlu melihatnya sebagai kegagalan, namun ianya perlu dilihat sebagai keadaan progressif dalam bernegara.

Memelihara perkongsian kuasa antara berbagai etnik, sepertimana berlaku dalam konsep Barisan Nasional, membuatkan negeri kita akan terus maju, seperti mana yang kita rasakan dan nikmati sekarang ini.

Mencari persamaan antara kita adalah ramuan yang jitu, untuk meneruskan agenda pembangunan negeri dan seterusnya melalui kaeadah itu kita boleh melakar kemajuan yang lebih cerah demi manafaat seluruh rakyat.

Harapan Musa itu disampaikan pada satu Majlis dengan belia negeri pada Sabtu, dan ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan Negeri Datuk Tawfik Datuk Abu Bakar Titingan.

Menurut Musa, belia adala penerus Perjuangan, oleh oleh itu, para belia adalah agen kepada perpaduan dan patrotik dalam rangka mengekal keamanan dan perpaduan serta kerharmonian.

No comments:

Post a Comment