Saturday, September 14, 2013

Pemilihan Umno: Pilihlah Ikut Gerak Hati

PEMILIHAN UMNO kali ini akan turut menyaksikan perebutan semuai peringkat jawatan, baik di peringakat majlis Tertinggi, Pergerakan, pemuda, Pergerakan wanita mahupun puteri.

Hanya tiga jawatan kemungkinan, tidak ditandingi- Presiden, Timbalan dan Ketua Pemuda. 

Adalah lumrah muka lama muncul untuk mempertahankan jawatan, muka baru hadir bagi mencari ruang dan dan ada juga yang terpaksa berundur kerana faktor lain.

Namun begitu tidak kira siapa pun yang bertanding, mereka yang berhasrat menjadi calon tidak kira penyandang atau pencabar perlu memahami bahawa pemilihan kali ini bukan sekadar untuk mencari kedudukan.

Sebaliknya, semua peringkat peru membarisi satu pasukan yang ampuh dalam usaha menyediakan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sememangnya persefahaman semua peringkat adalah penting bagi mewujudkan satu kerja berpasukan yang mantap.

Bagaimanapun ini bukanlah bermakna hanya kerana alasan itu apatah lagi dikaitkan ia 'orang si polan-si polan' maka ia perlu dikekalkan atau dipilih.

Apa gunanya mengekalkan atau memilih barisan pemimpin yang tidak boleh membuat kerja. Adalah lebih baik ruang itu diberikan kepada orang lain yang lebih layak dan mampu melaksanakan amanah kepada parti.

Lihat dan kajilah apakah pemimpin yang menawarkan diri mempertahankan jawatan masih relevan atau tidak, dan adakah yang mahu menjadi pencabar adalah muka baru yang benar-benar mampu menggalas tanggungjawab berkenaan.

Kalau sekadar penyertaan itu untuk perjuangan politik peribadi atau hanya disebabkan dia ingin menumpang populariti si polan si polan adalah lebih baik niat itu dihentikan.

Ia memandangkan bahawa Umno sebagai sebuah entiti mempunyai tanggungjawab berat dalam pilihan raya umum akan datang dalam usaha meraih sokongan untuk UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ahli-ahli UMNO yang akan membuat keputusan perlu faham bahawa ini bukanlah pemilihan biasa-biasa, sebaliknya pemilihan yang akan menentukan sama ada orang Melayu dan rakyat akan terus bersama parti itu atau mencari alternatif lain.

Sebab itulah adalah penting untuk mereka memastikan sesiapa juga yang dipilih dalam barisan kepimpinan adalah terdiri daripada kelompok pemimpin yang rakyat tidak akan 'mencebik bibir' apabila disebut namanya.

Untuk itu, kepada perwakilan,inilah masanya memilih BERDASARKAN Gerak Hati, bukannya KERANA kerana dipengaruhi.

No comments:

Post a Comment