Monday, July 29, 2013

Satu Lagi Kejadian Tembak

Selepas Sanjeevan di tembak di Bahau Negeri Sembilan jam 4.30 pagi Sabtu, tengah hari tadi di Ibu Negara Kuala Lumpur Pengasas AmBank Berhad, Hussain Ahmad Najadi (gambar), 75, yang berasal dari Bahrain ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, sementara isterinya cedera terkena tembakan.

Beliau yang kini merupakan penduduk tetap Malaysia berjalan menuju ke keretanya bersama isteri apabila seorang yang bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah belakang menyebabkannya terbunuh di tempat kejadian kira-kira pada jam 1.30 tengahari.

Isterinya yang cedera terkena tembakan di badan dikejarkan ke hospital.

No comments:

Post a Comment