Thursday, July 11, 2013

PRIMA 1Malaysia: Didakwa Gagal

MP Kluang Liew Chin Tong mendakwa usaha kerajaan untuk menyalurkan perumahan mampu milik melalui Skim Rumah Pertamaku (SRP) dan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dilakukan dengan cara tidak realistik dan tidak praktikal.

Pengarah pendidikan politik DAP itu berkata, perumahan berkenaan tidak mampu dimiliki oleh sejumlah 80 peratus rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang dari RM3,000.

Perdana menteri mengumumkan skim SRP pada Mac 2011 untuk menyediakan pinjaman penuh kepada warga bujang atau keluarga berpendapatan kurang RM5,000 sebulah untuk membeli rumah pertama yang bernilai sehingga RM400,000.

Bagaimanapun, hanya sebanyak 485 pinjaman yang diluluskan bank setakat Mei 2013, kata Liew.

“Pinjaman selama 30 tahun untuk RM400,000 dengan kadar faedah 4.4 peratus akan memerlukan pembayaran bulanan sebanyak RM2,003,” katanya.

Tambahnya, kerajaan tidak boleh mengharapkan golongan ini mampu membiayai pinjaman SRP tersebut.

"Jika peminjam berpendapatan RM3,000 sebulan, bayaran pinjaman itu meliputi 67 peratus dari pendapatan kasarnya setiap bulan dan 77 peratus dari gaji bersih.

“Tidak ada bank yang berfikiran waras yang akan meluluskan pinjaman seperti itu,” katanya.

Liew juga menyelar projek PR1MA yang mensasarkan rumah berharga bawah RM400,000 untuk keluarga berpendapatan antara RM2,500 hingga RM7,500.

Katanya, beliau tidak mendapat jawapan memuaskan di Parlimen apabila meminta kerajaan menjelaskan perkembangan projek tersebut.

“Setakat ini, 560 units unit sedang dibina di Putrajaya dan 201 lagi sedang dibina di Nusajaya, Johor, katanya yang menambah, tiada projek seumpama itu yang dirancang untuk Sabah dan Sarawak.

Berdasarkan perkara itu, beliau menganggarkan tempoh untuk membina 80,000 unit rumah PR1MA itu mungkin memakan masa 105 tahun.

“Untuk menjual rumah itu satu perkara lain pula,” katanya.

No comments:

Post a Comment